KUALA LUMPUR 10 Julai - Vestland Bhd memperoleh kontrak RM195.35 juta untuk menjalankan kerja tanah bagi projek Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai di Kelantan.
KUALA LUMPUR 10 Julai - Anak syarikat milik penuh Theta Edge Bhd, Theta Telecoms Sdn Bhd memperoleh kontrak RM673.8 juta bagi membangunkan, menyediakan dan menyelenggara teknologi Internet Benda (IoT) untuk inisiatif perniagaan pintar di Ampang Jaya.
PUTRAJAYA 9 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan penyiasatan berhubung isu Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dengan mengambil dokumen-dokumen berkaitan Laporan Ketua Audit Negara dari Kementerian Sumber Manusia dan HRD Corp hari in
KUALA LUMPUR 9 Julai – Penyedia penyelesaian teknologi maklumat perusahaan, Vetece Holdings Berhad menandatangani perjanjian taja jamin dengan Kenanga Investment Bank Berhad sempena tawaran awam permulaan (IPO) yang akan datang di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad.
KUALA LUMPUR 9 Julai - Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan lesen kepada mana-mana penanggung insurans digital dan pengendali takaful yang memenuhi syarat keperluan yang ditetapkan dan bukannya mengehadkan bilangan lesen kepada hanya lima.
KUALA LUMPUR 9 Julai - Bank bertanggungjawab menjalankan siasatan terperinci ke atas urus niaga perbankan yang tidak dibenarkan dan tidak boleh mengalihkan beban pula kepada mangsa penipuan scammer, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.