Johari Ghani menerusi KUB mahu ambil alih 87% syarikat kabel kuasa CCB bernilai RM119 juta
KUALA LUMPUR 22 Nov - KUB Malaysia Bhd, yang pemegang saham terbesarnya ialah Datuk Seri Johari Abdul Ghani, mahu mengambil alih 86.65% kepentingan ekuiti dalam Central Cables Bhd (CCB) menerusi syarikat pelaburannya, JAG Capital Holdings Sdn Bhd.