Terkini | DagangNews Skip to main content

Hasil UUE Holdings pada 2QFY25 meningkat 10.5% kepada RM43 juta segmen rumusan kejuruteraan utiliti bawah tanah

KUALA LUMPUR 14 Okt - Hasil UUE Holdings Bhd pada suku kedua berakhir 31 Ogos 2024 (2QFY25) meningkat 10.5% dari suku tahun ke suku tahun kepada RM43 juta dipacu pertumbuhan segmen rumusan kejuruteraan utiliti bawah tanah.

 

TM lancar Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global pertama di Pantai Timur, bantu pacu peningkatan pelaburan

MARANG 14 Okt - TM melalui TM One, cabang rumusan perniagaan sektor perusahaan dan kerajaannya, melancarkan Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) yang pertama di Pantai Timur. 

 

Pendapatan Hiap Teck Ventures dijangka terjejas kesan kelemahan harga keluli - HLIB

KUALA LUMPUR 14 Okt - Hiap Teck Venture Bhd dijangka menghadapi cabaran pendapatan berterusan dalam tempoh terdekat berikutan harga keluli yang lemah dan kos input keluli yang tinggi, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB).

 

microLEAP terima bahagian terbesar dana RM100 juta TERAJU, majukan landskap ekonomi Bumiputera

KUALA LUMPUR 14 Okt - Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) memperuntukkan dana RM100 juta kepada platform pembiayaan antara-rakan-setara (P2P) dengan bahagian terbesar diberikan kepada microLEAP. 

 

Citi lantik bekas Pengarah Eksekutif JP Morgan Chase & Co sebagai Ketua Pasaran di Malaysia

PETALING JAYA 14 Okt - Citi melantik bekas Pengarah Eksekutif JP Morgan Chase & Co., Ng Hooi Wan sebagai Ketua Pasaran untuk Malaysia, berkuat kuasa Disember 2024.

 

 

EA Technique sasar keluar dari PN17 menjelang suku pertama 2025 

KUALA LUMPUR 14 Okt - EA Technique Bhd, syarikat pengangkutan marin dan penyimpanan luar pesisir, menyasarkan untuk keluar dari status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang suku pertama 2025. 

 

Laporan Ketua Audit Negara: Dividen diterima kerajaan daripada firma, badan berkanun pada 2023 turun hampir 18%

KUALA LUMPUR 14 Okt - Dividen yang diterima daripada 18 syarikat dan dua badan berkanun pada 2023 berjumlah RM46.059 bilion, turun RM9.756 bilion atau 17.5% berbanding RM55.815 bilion pada 2022, menurut Laporan Ketua Audit Negara.

 

Sejumlah RM39.74 bilion dalam bentuk geran Kerajaan Persekutuan diguna bayar balik pinjaman 1MDB selama lima tahun

KUALA LUMPUR 14 Okt - Sebanyak RM39.74 bilion dalam geran Kerajaan Persekutuan digunakan untuk membayar balik pinjaman 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pembayaran berkaitan selama lima tahun, menurut Laporan Ketua Audit Negara 3/2024.

 

Cropmate meterai penjanjian taja jamin dengan HLIB untuk IPO di Pasaran ACE Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR 14 Okt - Cropmate Bhd, antara pemain utama dalam industri baja di Malaysia memeterai perjanjian taja jamin dengan Hong Leong Investment Bank Bhd sempena tawaran awam permulaan (IPO) yang akan datang di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

 

Standard Chartered lantik Harmander Mahal sebagai Ketua Perbankan Kekayaan dan Runcit Malaysia, Indonesia

KUALA LUMPUR 14 Okt - Standard Chartered melantik Harmander Mahal sebagai Ketua Perbankan Kekayaan dan Runcit (WRB) Malaysia dan Indonesia berkuat kuasa hari ini.

 

Subscribe to Terkini