Terkini | DagangNews Skip to main content

Sime Darby Plantation bekerjasama dengan PNB bangunkan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian seluas 404 hektar

KUALA LUMPUR 7 Mei - Sime Darby Plantation Bhd (SD Plantation) akan bekerjasama dengan pemegang saham utama, Permodalan Nasional Bhd bagi membangunkan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) seluas 404 hektar, di Perak.

 

Princeton Digital peroleh pembiayaan RM1.28 bilion bagi pusat data AI di Johor

KUALA LUMPUR 7 Mei - Princeton Digital Group (PDG) telah memperoleh pembiayaan berjumlah RM1.28 bilion (AS$280 juta) bagi pembangunan fasa pertama pusat data hiperskala 150MW yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) di Taman Teknologi Sedenak (STeP), Johor.

 

Pemegang saham Southern Score lulus cadangan lanjutan tempoh penggunaan hasil penempatan persendirian

KUALA LUMPUR 7 Mei - Pemegang saham Southern Score Builders Bhd menerusi mesyuarat agung tahunan luar biasa (EGM), hari ini meluluskan cadangan melanjutkan tempoh penggunaan hasil yang diperoleh daripada penempatan persendirian yang dilakukan pada November 2022.

 

Siab meterai perjanjian taja jamin bersama M & A Securities, NewParadigm bagi ambil alih Taghill

KUALA LUMPUR 7 Mei - Syarikat pembinaan, Siab Holdings Berhad merancang mengumpul kira-kira RM103.98 juta melalui penempatan persendirian bagi membiayai pengambilalihan Taghill Projects Sdn. Bhd. (Taghill). 

 

DKSH jalin perkongsian strategik pasarkan produk ATTO di rantau Asia Pasifik

KUALA LUMPUR 7 Mei - DKSH Holdings (Malaysia) Bhd menerusi unit perniagaan teknologinya memulakan perkongsian strategik bagi memasarkan produk ATTO, pengeluar rumusan molekul biologi dan sel biologi terkemuka Jepun di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Vietnam.<

Apex Securities saran pelabur langgan IPO Feytech pada harga sasaran RM1.13

KUALA LUMPUR 7 Mei - Apex Securities menyarankan pelabur untuk melanggan Feytech Holdings Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada harga tawaran awam permulaan (IPO) 80 sen pada harga sasaran (TP) RM1.13.

 

DSA 2024: Tun Mahathir mahu syarikat pembekal senjata kepada Israel diusir segera

KUALA LUMPUR 7 Mei - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kehadiran Lockheed Martin dan BAE System pada Pameran Defence Services Asia (DSA) dan National Security (NATSEC) Asia 2024 di ibu negara dalam edisi terdahulu tidak boleh disamakan dengan tahun ini yang amat luar biasa susulan

BNM dijangka kekal OPR pada paras 3% kerana KDNK lebih rendah berbanding jangkaan - Standard Chartered

KUALA LUMPUR 7 Mei - Standard Chartered Research menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) tidak berubah sebanyak 3% semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 9 Mei 2024.

 

Malakoff bakal catat untung pada FY2024 susulan penurunan harga arang batu - AmInvestment

KUALA LUMPUR 7 Mei - Syarikat tenaga dan air, Malakoff Corporation Bhd, dijangka kembali mencatatkan keuntungan dalam suku pertama kewangan tahun 2024 (1QFY2024) berikutan margin bahan api yang lebih baik.

 

Lunas, PT PAL meterai MoU dalam bidang pembinaan kapal

KUALA LUMPUR 7 Mei - Lumut Naval Shipyard (Lunas) dan PT PAL Indonesia (PT PAL) telah meterai memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama strategik dalam bidang pembinaan kapal.

 

Subscribe to Terkini