Terkini | DagangNews Skip to main content

Penyusunan semula bantu Capital A keluar daripada status PN17 - MIDF Research

KUALA LUMPUR 26 April - Cadangan penyusunan semula Capital A Berhad yang diumumkan semalam dijangka dapat membantu Kumpulan itu dalam peralihannya daripada status PN17.

 

Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan

KUALA LUMPUR 26 April - Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.

 

Al-`Aqar Healthcare REIT sasar peroleh hartanah akretif hasil daripada KPJ Healthcare

KUALA LUMPUR 26 April - Amanah Pelaburan Hartanah Al-’Aqar Healthcare (Al-’Aqar REIT) secara aktif menyasarkan untuk memperoleh hartanah akretif hasil daripada KPJ Healthcare Bhd sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan asetnya.

 

Capital A jual saham AirAsia Aviation Group, AirAsia bernilai RM6.8 bilion

KUALA LUMPUR 26 April - Capital A Bhd memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) untuk melupuskan 100 peratus kepentingan ekuitinya dalam AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL) dan AirAsia Bhd (AAB) sebanyak RM6.8 bilion.

 

Pos Malaysia berjaya percepatkan pemerolehan pelanggan baharu sebanyak 19 peratus

KUALA LUMPUR 26 April - Pos Malaysia Bhd berjaya mempercepatkan pemerolehan pelanggan dengan lebih 19% pelanggan baharu diperoleh, serta meningkatkan lagi hasil untuk mel dan bungkusan masing-masing sebanyak 8% dan 7%.

 

Siti Kamariah Ahmad Subki dilantik sebagai Pengarah Urusan baharu Yayasan Hasanah

KUALA LUMPUR 26 April - Yayasan Hasanah, cabang kebajikan Khazanah Nasional mengumumkan pelantikan Siti Kamariah Ahmad Subki sebagai Pengarah Urusannya yang baharu, selepas tamat tempoh perkhidmatan Dato’ Shahira Ahmed Bazari.

 

Syarikat tersenarai di Nasdaq, TTM Technologies melabur RM958 juta bina kilang pembuatan di Pulau Pinang

PULAU PINANG 26 April - Firma semikonduktor global TTM Technologies Inc yang tersenarai di Nasdaq melabur AS$200 juta (kira-kira RM958 juta) untuk kilang pembuatan pertamanya di Malaysia.

 

Pavilion REIT catat peningkatan untung bersih 19% pada 1QFY24 kepada RM83.16 juta

KUALA LUMPUR 25 April - Untung bersih Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024 (1QFY24) meningkat 19% kepada RM83.16 juta, berbanding RM70.05 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

 

Kerugian bersih Sarawak Cable pada suku ketiga meningkat kepada RM21 juta

KUALA LUMPUR 25 April - Kerugian bersih Sarawak Cable Bhd pada suku ketiga berakhir 29 Februari 2024 (3QFY24) terus meningkat kepada RM21 juta berbanding RM14.2 juta yang dicatatkan bagi suku sama pada tahun lalu disebabkan pengeluaran yang rendah.

 

Toyota lancar Yaris G Limited bermula RM99,600, terhad 600 unit di Malaysia

KUALA LUMPUR 25 April - UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan model hatchback segmen-B, Toyota Yaris G Limited bermula pada harga RM99,600.

 

Model Yaris G yang dilancarkan itu adalah terhad kepada 600 unit di Malaysia. 

 

Subscribe to Terkini