Terkini | DagangNews Skip to main content

GHL perkenal resit digital tingkatkan pembayaran tanpa tunai

KUALA LUMPUR 15 Jan - Dalam lonjakan ke arah inovasi digital, GHL Systems Berhad (GHL) mengumumkan pelancaran resit digital, ciri termaju yang direka untuk meningkatkan landskap pembayaran dan memperkasakan peniaga untuk menyediakan pengalaman membeli-belah lebih hijau untuk pela

Gading Marine siapkan empat bot FIC TLDM, aset ditempatkan di Sabah untuk pengawasan maritim

KUALA LUMPUR 15 Jan - Empat bot pemintas laju (FIC) buatan tempatan jenis FIC G2000 MkII berjaya disiapkan Gading Marine (M) Sdn. Bhd. (Gading Marine) apabila diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

 

Pelantikan Sultan Johor sebagai Agong ke-17 pemangkin sentimen positif pelabur di dalam sektor hartanah dan infrastruktur

KUALA LUMPUR 15 Jan - Pelantikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, disifatkan menjadi satu daripada pemangkin memperkasa semula pembangunan infrastruktur dan hartanah, khususnya di Johor.

 

84% peniaga Pasar Malam Belia N6 Metrocity di Sarawak beralih ke transaksi tanpa tunai - PayNet

KUALA LUMPUR 15 Jan - Sebanyak 84% daripada 200 peniaga di Pasar Malam Belia N6 Metrocity, Kuching, Sarawak menerima transaksi pembayaran tanpa tunai sejak awal November 2023, menurut Payments Network Malaysia (PayNet).

 

Maybank IB unjur pendapatan sektor REIT Malaysia berkembang 9.1% pada 2024

KUALA LUMPUR 15 Jan - Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengunjurkan pendapatan sektor amanah pelaburan hartanah (REIT) Malaysia berkembang 9.1% pada tahun ini berbanding 6.9% tahun ini.

 

Tanpa penglibatan kerajaan, HSR KL-Singapura sangat mencabar untuk dilaksanakan - Maybank IB

KUALA LUMPUR 15 Jan - Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang dianggar menelan belanja RM100 bilion adalah sangat mencabar untuk dilaksanakan tanpa penglibatan kerajaan.

 

Jaya Grocer buka cawangan baharu ke-49 di Plaza Shah Alam

KUALA LUMPUR 15 Jan - Pasar raya Jaya Grocer menyambut permulaan tahun baharu yang gemilang dengan pembukaan cawangan ke-49 di Plaza Shah Alam, cawangan ketiga di ibu negeri Selangor selepas Plaza Jelutong dan Ardence Labs, baru-baru ini.

 

Sime Darby lanjutkan sehingga 31 Januari ini untuk pemegang saham UMW Holdings terima tawaran saham RM5

KUALA LUMPUR 15 Jan - Sime Darby Bhd, melalui Sime Darby Enterprise Sdn Bhd, telah melanjutkan masa tutup penerimaan tawaran kepada pemegang saham untuk membeli saham dalam UMW Holdings Bhd pada harga RM5, kepada 5 petang, 31 Januari 2024.

 

Pelabur asing jual RM93.1 juta ekuiti Malaysia selepas membeli empat minggu berturut-turut, kata MIDF Research

KUALA LUMPUR 15 Jan - Pelabur asing kembali menjual bersih RM93.1 juta ekuiti Malaysia, menamatkan aliran masuk empat minggu berturut-turut, kata MIDF Research.

 

Southern Power milik TNB dalam perbincangan dengan LHDN bagi merungkai penyelesaian terhadap cukai tambahan RM78 juta

KUALA LUMPUR 15 Jan - Setelah mendapatkan kebenaran mahkamah untuk mencabar cukai tambahan RM78.49 juta, Southern Power Generation Sdn Bhd yang 70% dimiliki TNB, kini sedang dalam perbincangan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi kemungkinan penyelesaian di luar mahkamah

Subscribe to Terkini