Terkini | DagangNews Skip to main content

Penstrukturan semula akaun KWSP mesti disertakan dengan syarat pengeluaran - MTUC Sarawak

KUCHING 26 April ― Akaun Fleksibel di bawah Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mesti disertakan dengan syarat pengeluaran dan/atau tempoh, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak.

 

Ketua jabatan perlu buat 'spot check' bagi menegakkan integriti, kecekapan dalam kalangan penjawat awam, kata KP JPA

KUALA LUMPUR 26 April - Semua ketua jabatan kerajaan perlu membuat semakan mengejut bagi memerhati pelaksanaan kerja kakitangan bawahan bagi memastikan tiada amalan negatif berlaku dalam jabatan masing-masing, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Datuk Seri Wan Ahm

Microlink raih kontrak RM56.45 juta daripada Bank Islam Brunei

KUALA LUMPUR 26 April - Microlink Solutions Bhd memperoleh kontrak RM56.45 juta daripada Bank Islam Brunei Darussalam Bhd (BIBD) untuk projek melaksanakan dan menyelenggara sistem perbankan teras baharu bagi bank itu.

 

Nestle nafi tambah gula di dalam produk makanan bayi di negara berpendapatan rendah

ZURICH 26 April - Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun bahawa ia menjual tanpa gula di pasaran Eropah.

 

Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City

KUALA LUMPUR 26 April - Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan pengasasnya Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun menyertai rundingan untuk memulihkan Forest City bernilai AS$100 bilion (RM477.60 bilion) dengan membina kasino seperti yang dilaporkan baru-baru ini.

 

Maxis boleh menerajui rangkaian 5G kedua bersama rakan kongsi konsortium baharu - RHB Research

KUALA LUMPUR 26 April - Maxis Bhd boleh bekerjasama dengan rakan konsortium lain untuk mengurangkan kos 5G kedua walaupun selepas permodalan semula Digital Nasional Bhd (DNB), kata RHB Research.

 

Kumpulan Airasia sasar September 2024 disenaraikan di Bursa Malaysia - Tony Fernandes

KUALA LUMPUR 26 April - Kumpulan AirAsia Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata ketua pegawai eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.

 

Tesla turunkan lagi harga Model 3 dan Model Y sebanyak RM8,000

KUALA LUMPUR 26 April - Tesla menurunkan harga dua model keretanya, Model 3 dan Model Y sebanyak RM8,000, seiring dengan usahanya meningkatkan peralihan global ke arah penggunaan tenaga mampan dan menggalakkan pemilikan kenderaan elektrik (EV). 

 

Unjuran inflasi Bank Negara mencerminkan potensi tekanan daripada subsidi bahan api yang disasarkan - PublicInvest

KUALA LUMPUR 26 April - Unjuran inflasi Bank Negara Malaysia antara 2.0 peratus dan 3.5 peratus tahun ini mencerminkan penggabungan potensi tekanan inflasi kesan akibat pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api, kata Public Investment Bank Bhd (PublicInvest).

 

Indeks harga pengeluar Malaysia meningkat 1.6% pada Mac 2024, semua sektor catat kenaikan - DOSM

KUALA LUMPUR 26 April - Indeks harga pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, naik 1.6% pada Mac 2024 berbanding 0.3% pada Februari lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Subscribe to Terkini