KUALA LUMPUR 26 April - Cadangan penyusunan semula Capital A Berhad yang diumumkan semalam dijangka dapat membantu Kumpulan itu dalam peralihannya daripada status PN17.
KUALA LUMPUR 26 April - Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
KUALA LUMPUR 26 April - Amanah Pelaburan Hartanah Al-’Aqar Healthcare (Al-’Aqar REIT) secara aktif menyasarkan untuk memperoleh hartanah akretif hasil daripada KPJ Healthcare Bhd sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan asetnya.
KUALA LUMPUR 26 April - Capital A Bhd memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) untuk melupuskan 100 peratus kepentingan ekuitinya dalam AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL) dan AirAsia Bhd (AAB) sebanyak RM6.8 bilion.
KUALA LUMPUR 26 April - Pos Malaysia Bhd berjaya mempercepatkan pemerolehan pelanggan dengan lebih 19% pelanggan baharu diperoleh, serta meningkatkan lagi hasil untuk mel dan bungkusan masing-masing sebanyak 8% dan 7%.
KUALA LUMPUR 26 April - Yayasan Hasanah, cabang kebajikan Khazanah Nasional mengumumkan pelantikan Siti Kamariah Ahmad Subki sebagai Pengarah Urusannya yang baharu, selepas tamat tempoh perkhidmatan Dato’ Shahira Ahmed Bazari.
PULAU PINANG 26 April - Firma semikonduktor global TTM Technologies Inc yang tersenarai di Nasdaq melabur AS$200 juta (kira-kira RM958 juta) untuk kilang pembuatan pertamanya di Malaysia.
KUALA LUMPUR 25 April - Untung bersih Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024 (1QFY24) meningkat 19% kepada RM83.16 juta, berbanding RM70.05 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
KUALA LUMPUR 25 April - Kerugian bersih Sarawak Cable Bhd pada suku ketiga berakhir 29 Februari 2024 (3QFY24) terus meningkat kepada RM21 juta berbanding RM14.2 juta yang dicatatkan bagi suku sama pada tahun lalu disebabkan pengeluaran yang rendah.