AirAsia Jepun dipertimbangkan untuk ditutup operasi akibat COVID-19 | DagangNews Skip to main content

AirAsia Jepun dipertimbangkan untuk ditutup operasi akibat COVID-19

 

KUALA LUMPUR 1 Okt. - AirAsia Group Bhd sedang mempertimbangkan `segala kemungkinan' mengenai operasi Jepunnya, termasuk menutup sama sekali perniagaan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes.

Menurut beliau, lembaga pengarah AirAsia akan membuat keputusan dalam tempoh seminggu ini.

"Kami baru sahaja hendak membina perniagaan bila COVID-19 berlaku.

"Lembaga Pengarah akan menilai semua kemungkinan termasuk penamatan perniagaan,'' kata Tony kepada pemberita selepas majlis pelancaran Redbeat Academy di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan Nikkei bahawa AirAsia bakal menghentikan operasi perniagaannya di Jepun, memetik sumber tidak dinyatakan namanya. - DagangNews.com