11 hari berlalu, ini perkembangan terkini siasatan nahas LRT | DagangNews Skip to main content

11 hari berlalu, ini perkembangan terkini siasatan nahas LRT

Nahas LRT. Kredit gambar BH

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 3 Jun - Penyiasatan terhadap insiden pelanggaran tren LRT yang berlaku pada 24 Mei baru-baru ini tidak bertujuan untuk membuktikan kesalahan atau liabiliti mana-mana pihak.

 

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Wee Ka Siong dalam satu kenyataan berkata, penyiasatan tersebut menjurus kepada mengenalpasti hal keadaan dan punca sebenar perlanggaran bagi mengelakkan insiden sama berlaku di masa hadapan.

 

Wee Ka Siong
Wee Ka Siong 

 

Sehubungan itu, Jawatankuasa Siasatan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia (MoT) tampil memaklumkan perkembangan terkini siasatan insiden pelanggaran tren LRT yang berlaku pada 24 Mei baru-baru ini.

 

Berikut adalah perkembangan terkini siasatan insiden berkenaan;

  • Jawatankuasa Siasatan telah melaksanakan beberapa perkara termasuk menyemak prosedur operasi standard (SOP), Manual Operasi, 'Rule Book' dan dokumen-dokumen panduan operasi yang berkaitan.
  • Data yang dikumpul dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV), temusiasat bersama pihak berkaitan serta perbincangan teknikal lain yang berkaitan bersama pembekal teknologi turut terangkum dalam laporan ini.
  • Bagi mendapatkan gambaran kejadian dengan lebih jelas, satu lawatan telah diadakan ke pusat kawalan operasi (OCC) LRT Kelana Jaya di Lembah
  • Subang pada 1 Jun 2021, diikuti dengan sesi simulasi kemalangan di tempat kejadian oleh pihak Prasarana Malaysia Bhd pada hari sama.
  • Jawatankuasa Siasatan segera ditubuhkan selepas berlakunya insiden tersebut dan diberi masa 14 hari bermula 25 Mei 2021 untuk melengkapkan siasatan seterusnya membentangkan kepada Kabinet.
  • Jawatankuasa Siasatan yang terdiri daripada sembilan orang ahli ini segera mengumpulkan segala dokumen, data dan maklumat berkaitan aspek teknikal dan keselamatan yang melibatkan kemalangan tersebut. Susulan daripada itu, beberapa siri mesyuarat penyelarasan turut diadakan.

 

Dalam kenyataan sama, beliau memberitahu, pihak kerajaan akan terus mencari jalan penyelesaian dan meningkatkan tahap keselamatan pengguna pengangkutan awam yang sentiasa menjadi keutamaan. - DagangNews.com