12 jam lagi untuk rawat, stabilkan bekalan air | DagangNews Skip to main content

12 jam lagi untuk rawat, stabilkan bekalan air

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih telah mula mengoperasikan pam air mentah pada pagi ini untuk kerja-kerja pembersihan paip air mentah dan tangki-tangki rawatan air.

"Usaha untuk merawat air mentah dan menstabilkan sistem LRA akan mengambil masa selama 12 jam sebelum bekalan air boleh diagihkan kepada para pengguna. Bekalan air yang diagihkan akan melalui ujian kualiti air dan pematuhan standard oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

"
Air Selangor akan memaklumkan jadual pemulihan bekalan air secara berperingkat mengikut kawasan bagi kawasan yang menerima air dari LRA Sg Semenyih apabila proses menstabilkan rawatan air dapat dilaksanakan sepenuhnya,'' kata Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Alina Baseri dalam kenyataan media pagi ini.

Menurutnya, 
ujian persampelan yang dijalankan di muka sauk LRA Sungai Semenyih telah mencatatkan bacaan 0 TON tiga kali berturut.

"Walau bagaimanapun, ujian persampelan yang dijalankan sehingga pukul 6 pagi ini masih mengesan pencemaran di muka sauk LRA Bukit Tampoi pada tahap 2 TON," ujar beliau.

Beliau berkata, Ai
r Selangor telah menggerakkan sebanyak 92 lori tangki air ke premis-premis kritikal, sekolah-sekolah serta kawasan perumahan yang terjejas. Sebanyak 22 tangki statik, 10 stesen pengisian setempat, 9 Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan 13 pili awam juga disediakan untuk kemudahan para pengguna yang terjejas. 

Air Selangor akan mengemaskini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman leb di www.airselangor.com.

Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.   
- DagangNews.com