29.3 juta rakyat Malaysia divaksin, 36.0% lengkap 2 dos | DagangNews Skip to main content

29.3 juta rakyat Malaysia divaksin, 36.0% lengkap 2 dos

Vaksin COVID-19

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Jumlah kumulatif rakyat Malaysia yang menerima suntikan vaksin meningkat kepada 29.3 juta setakat 18 Ogos 2021.

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, jumlah itu meliputi 17.7 juta penerima vaksin pertama dan 11.7 juta penerima vaksin dos kedua.

 

,

 

Dari segi populasi pula, peratusan populasi divaksin meningkat kepada 54.0%, sebanyak 36.0% daripadanya adalah mereka yang telah melengkapkan dua dos suntikan.

 

Lonjakan jumlah tersebut dipacu oleh jumlah pemberian dos vaksin harian yang dicatatkan semalam iaitu sebanyak 531,114.

 

Jumlah itu mewakili 188,474 pemberian dos pertama dan 342,640 bagi pemberian dos kedua.

 

.

 

Jumlah pemberian dos harian itu juga adalah lebih tinggi berbanding 525,111 dos yang dicatatkan pada hari sebelumnya.

 

Data yang dikeluarkan JKJAV menunjukkan Sabah menjadi negeri yang membuat suntikan vaksin tertinggi semalam iaitu sebanyak 27,020 dos pertama dan 30,605 bagi dos kedua.

 

,

 

Sementara itu, suntikan vaksin bagi golongan dewasa turut meningkat bagi tempoh sama.

 

Hingga semalam, peratusan populasi dewasa meningkat kepada 17.6 juta atau 75.3%.

 

Dalam pada itu, vaksinasi golongan dewasa bagi dos kedua pula melonjak kepada 11.7 juta (50.2%). - DagangNews.com