31.2 juta rakyat Malaysia divaksin, lebih 13 juta lengkap 2 dos | DagangNews Skip to main content

31.2 juta rakyat Malaysia divaksin, lebih 13 juta lengkap 2 dos

Vaksin COVID-19. Kredit foto Jabatan Penerangan

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Jumlah kumulatif individu yang menerima vaksin di negara ini meningkat kepada 31.2 juta setakat 22 Ogos 2021.

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, jumlah itu melibatkan 18.2 juta penerima dos pertama dan lebih 13 juta penerima dos kedua.

 

.

 

Setakat semalam juga, peratusan populasi Malaysia yang menerima vaksin meningkat kepada 55.9%, sebanyak 39.9% daripadanya telah melengkapkan dua dos suntikan.

 

Bagi vaksinasi golongan dewasa pula, seramai 18.2 juta atau 78.0% golongan dewasa telah mendapatkan suntikan vaksin.

 

'

 

Seramai 13.0 juta atau 55.6% daripada jumlah keseluruhan itu sudah mendapatkan dos kedua.

 

Dalam pada itu, jumlah pemberian dos vaksin harian pula menyaksikan sebanyak 441,100 dos berjaya diberikan semalam.

 

/

 

Jumlah tersebut melibatkan 137,555 pemberian dos pertama dan 303,545 pemberian dos kedua. - DagangNews.com