5.1% lengkap 2 dos, jumlah kumulatif pemberian vaksin cecah 6 juta | DagangNews Skip to main content

5.1% lengkap 2 dos, jumlah kumulatif pemberian vaksin cecah 6 juta

Vaksin COVID-19

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 22 Jun - Jumlah harian pemberian dos vaksin sekali lagi mencatatkan rekod tertinggi iaitu sebanyak 235,623 dos semalam.

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, rekod tertinggi itu meliputi 181,840 pemberian dos pertama dan 53,783 dos kedua.

 

.

 

Peningkatan jumlah pemberian vaksin harian tersebut sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin di negara ini mencecah 6.0 juta dos.

 

Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 4.3 juta (13.4%) merupakan jumlah pemberian bagi dos pertama dan 1.6 juta (5.1%) bagi dos kedua.

 

Dalam laporan data sama, JKJAV turut memaklumkan, Kuala Lumpur mencatatkan jumlah pemberian dos pertama yang paling tinggi iaitu sebanyak 757,438 atau 42.7%.

 

.

 

Pemberian bagi dos kedua di Kuala Lumpur adalah sebanyak 145,906 atau 8.2% setakat semalam.

 

Selain Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya turut mencatatkan peratusan pemberian dos pertama yang tinggi iaitu sebanyak 31.0%, diikuti Labuan dan Sarawak dengan masing-masing sebanyak 27.2% dan 23.7%.

 

Sementara itu, tiga negeri lain iaitu Sabah, Terengganu dan Kedah masih mencatatkan jumlah pemberian vaksin dos pertama di bawah 10% iaitu 8.5%, 9.8% dan 9.9%. - DagangNews.com