5.23 juta ahli lulus untuk pengeluaran i-Lestari  | DagangNews Skip to main content

5.23 juta ahli lulus untuk pengeluaran i-Lestari 

Tengku Zafrul Abdul Aziz

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 24 Mac - Seramai 5.23 juta ahli telah diluluskan untuk membuat pengeluaran skim i-Lestari di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), setakat 12 Mac 2021.

 

Ini melibatkan jumlah pengeluaran kumulatif sebanyak RM19.45 bilion berbanding RM18.58 billion dengan 5.18 juta penerima pada minggu sebelumnya, menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

 

“Perancangan persaraan adalah penting dan orang ramai disyorkan untuk menggunakan Khidmat Nasihat Persaraan (Retirement Advisory Service - RAS) yang disediakan oleh pihak KWSP secara percuma untuk tujuan ini. 

 

“Maklumat mengenai perkhidmatan percuma ini boleh didapati di pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/retirement-advisory-service,” katanya ketika menyampaikan laporan Laksana ke-46, secara langsung di Facebook miliknya hari ini.

 

Dalam pada itu, i-Sinar pula menyaksikan jumlah pengeluaran sehingga RM52.48 bilion, melibatkan seramai 5.94 juta pemohon setakat 14 Mac 2021, kata Tengku Zafrul. 

 

Ujarnya lagi, daripada jumlah itu, sebanyak RM32.74 bilion telah pun dikreditkan.


 

“Mulai 8 Mac 2021, kelayakan permohonan kemudahan i-Sinar telah ditambahbaik bagi membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup,” tambah beliau. - DagangNews.com