60% pengguna di Malaysia sokong penjual tempatan menerusi kempen #ShopeeSapotLokal | DagangNews Skip to main content

60% pengguna di Malaysia sokong penjual tempatan menerusi kempen #ShopeeSapotLokal

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Sebanyak 60% pengguna Malaysia menyokong penjual tempatan secara proaktif menjelang Hari Kebangsaan bersama #ShopeeSapotLokal, menurut kajian pasaran terbesar platform tersebut tahun ini, sempena "Celebrating the Heart of Malaysia on E-Commerce" menjelang 9.9 Hari Pembelian Hebat.

 

Menerusi kajian itu, sejumlah 30% menyokong kualiti barangan buatan Malaysia yang memenuhi citarasa tempatan mereka, manakala 20% menyatakan bahawa mereka ingin mengekalkan kemajuan ekonomi negara atas semangat patriotik.

 

Sebanyak 8% merupakan penjual yang menyokong penjual tempatan lain dan 42% memilih penjual tempatan untuk mendapatkan barangan dengan lebih cepat.

 

Dalam kalangan para responden, separuh daripada mereka (54%) bekerja sepenuh masa, 18% sedang mencari pekerjaan, 17% adalah warga emas, 6% merupakan ibu bapa yang tinggal di rumah dan 5% adalah pelajar universiti.

 

Shopee turut mengkaji perkara-perkara yang dihargai rakyat Malaysia tentang pembelian dalam talian. Lebih 70% pengguna yang ditinjau menganggarkan bahawa transaksi beli-belah dalam talian secara harian mereka secara konsisten menghasilkan penjimatan sebanyak lebih 5%. 

 

Ketidakstabilan ekonomi adalah sebab utama para responden menghargai setiap wang yang dijimat, dengan 50% daripada pembeli mengurangkan perbelanjaan dalam persekitaran ini, 14% tidak memperoleh pendapatan mencukupi untuk menampung keperluan penting, 

 

Sebanyak 10% meramalkan perbelanjaan besar pada bulan-bulan akan datang dan 6% membeli-belah untuk tanggungan yang ramai.

 

 

shopee

 

 

Menurut Ketua Kempen Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh, tidak semua pembeli hanya mengutamakan diskaun dan baucar sahaja. 

 

"Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia menghargai ketenangan fikiran berbanding harga yang lebih rendah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Sembilan daripada 10 rakyat Malaysia masih membeli dalam talian walaupun kedai fizikal dibuka semula kerana ia telah menjadi tabiat yang dipelajari dan merupakan sesuatu kebiasaan. 

 

 

shopee

 

 

Majoriti daripada responden menghargai 'ketenangan fikiran', dengan 40% menikmati kemudahan di mana pesanan dihantar ke depan pintu rumah mereka, 17% berasa selamat dengan Jaminan Shopee, dan 10% mempercayai ulasan dan gambar daripada pembeli lain.

 

Bagi 49% daripada pembeli, Shopee ialah destinasi membeli-belah pilihan untuk produk gaya hidup, termasuk barangan hiasan rumah, barangan fesyen serta produk kesihatan dan kecantikan. 

 

Selain itu, 24% membeli barangan keperluan hidup (barangan runcit dan lampin) daripada Shopee, 16% mencari peranti teknologi (komputer, peranti mudah alih dan TV) dan 11% yang lain membeli alat ganti kereta atau peralatan kerja dan sekolah. - DagangNews.com