80% kes jangkitan COVID-19 sejak 1 Mei adalah sporadik | DagangNews Skip to main content

80% kes jangkitan COVID-19 sejak 1 Mei adalah sporadik

COVID-19. Gambar ihsan Facebook KKM

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 3 Jun - Sebanyak 80% daripada jumlah kes jangkitan wabak COVID-19 di Malaysia melibatkan kes sporadik.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, perkara tersebut menunjukkan telah berlakunya penularan jangkitan secara meluas dalam kalangan komuniti.

 

"Lindungi diri lindungi keluarga. Duduk di rumah. Keluar hanya perlu dengan mematuhi SOP sepenuhnya," jelas KKM dalam satu ciapan di laman Twitter rasminya hari ini.

 

.

 

Kes sporadik dikenali sebagai kes yang tidak diketahui punca jangkitan.

 

Selain itu, kes tersebut tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kes atau kluster lain.

 

Kes berkenaan juga berlaku secara terpencil dan rawak.

 

Dalam perkembangan status terkini wabak COVID-19 hari ini, Malaysia mencatatkan sebanyak 8,209 kes jangkitan baharu.

 

Angka terbaharu itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini adalah 595,374.

 

Selangor kekal sebagai negeri yang mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi iaitu 3,125, diikuti Kuala Lumpur (801), Johor (752), Sarawak 594) dan negeri-negeri lain. - DagangNews.com