Acara berbasikal Janamanjung dibatalkan | DagangNews Skip to main content

Acara berbasikal Janamanjung dibatalkan

Oleh JOHARDY IBRAHIM
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Program kayuhan berbasikal santai anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB), Janamanjung Fellowship Ride 2020 (JMFR 2020) di Teluk Batik, Perak yang ditangguhkan penganjurannya pada 29 Mac 2020, adalah dibatalkan sama sekali tahun ini.

Menurut TNB, p
embatalan terpaksa dibuat berikutan perkembangan terkini penularan wabak ini.

"Ia juga selari dengan langkah proaktif TNB yang lain untuk tidak menganjurkan aktiviti sukan yang tidak dibenarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang penularan COVID-19
Kesulitan yang timbul akibat pembatalan ini amat dikesali.

Menurut TNB, pihak p
enganjur menghargai sokongan 1,362 peserta yang mendaftar dan 43 syarikat yang sudi menjadi rakan (partners) JMFR 2020.
 

aaa

"Kesudian mereka untuk meneruskan sokongan bagi penganjuran edisi JMFR pada tahun hadapan (jika keadaan mengizinkan), amat dihargai.

"
Kesemua peserta berdaftar akan dimaklumkan mengenai pembatalan JMFR 2020 menerusi surat rasmi yang akan disampaikan secara pos bersama pingat dan t-shirt penyertaan," kata TNB.  - DagangNews.com