KUALA LUMPUR 4 April - Sempena Ramadan ini, AEON CO. (M) BHD. (AEON) buat pertama kalinya memperkenalkan Program Star Rewards Chef Wan-Neoflam ke seluruh negara dengan kolaborasi bersama ikon Malaysia yang terkenal dalam arena masakan, Chef Redzuawan atau lebih popular dikenali sebagai Chef Wan.
AEON Star Rewards menawarkan pelbagai jenis peralatan memasak yang moden kepada pelanggan daripada segenap lapisan masyarakat, khasnya generasi muda yang mula menjadikan bidang memasak sebagai hobi pasca-pandemik dengan harga berpatutan.
Program ini memperkenalkan Neoflam, sebuah jenama peralatan memasak berkualiti tinggi dan mempunyai rekabentuk menarik yang diimport dari Korea Selatan, kini boleh didapati di kesemua rangkaian pasar raya AEON seluruh negara. Produknya ringan dan mudah digunakan, hasil teknologi EcolonTM yang tidak melekat dan tahan lasak.
Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen berkata, makanan dan masakan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dengan budaya dan cara hidup rakyat Malaysia keseluruhannya.
"Sehubungan itu, kami yakin chef tersohor negara, Chef Wan merupakan individu yang tepat untuk mewakili koleksi peralatan memasak Neoflam ini.”
"Chef Wan tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia di mana beliau mempunyai kepakaran, populariti, pengaruh, dan pengalaman luas selama bertahun-tahun dalam bidang masakan. Pada masa sama, Chef Wan juga secara eksklusif mengiktiraf peralatan memasak Neoflam untuk AEON," katanya dalam satu dalam satu kenyataan.
Menurut Ngai Yuen, pihaknya ingin memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan peralatan memasak berkualiti dengan harga mampu dimiliki terutamanya kepada mereka yang tidak mahu berbelanja besar.
“Selaras dengan moto Chef Wan “makanan yang baik menyatukan kita semua”, kami percaya bahawa kunci utama untuk menyediakan masakan yang baik ialah melalui peralatan memasak yang baik dan bermutu.
“Memandangkan kita sudah pun berada di bulan Ramadan yang mulia, hidangan yang dimasak sendiri di rumah sudah semestinya akan menjadi lebih bermakna dengan sambutan kempen Ramadan-Raya AEON-Raya Penuh Makna.’ tambah Low Ngai Yuen.
Program Star Rewards sebelum ini dikenali sebagai “Program Kesetiaan Pelanggan AEON”, membolehkan pelanggan mengumpul setem pada setiap pembelian luar talian dan dalam talian di AEON dan menukarnya untuk membeli alat memasak Neoflam dengan beberapa tawaran dan ganjaran yang lain.
Melalui program ini, pelanggan akan diberi 1 keping setem (untuk bukan ahli) dan 2 keping setem (untuk ahli AEON) bagi setiap perbelanjaan sebanyak RM30 di AEON secara fizikal manakala pembelian menerusi aplikasi iAEON pula akan menerima e-setem.
Tambahan 3 setem akan diberikan kepada ahli AEON yang membeli melalui AEON Member Plus, AEON Credit Card atau AEON Wallet.
Selepas mengumpul bilangan setem minima (20 setem fizikal untuk ahli AEON, 15 setem fizikal untuk bukan ahli dan 8 e-setem), para pelanggan boleh menebus setem tersebut untuk membeli produk-produk Neoflam. - DagangNews.com