AGM Maybank tangguh sebab masalah teknikal | DagangNews Skip to main content

AGM Maybank tangguh sebab masalah teknikal

 

 

KUALA LUMPUR 15 April - Maybank menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-61 yang sepatutnya diadakan hari ini disebabkan masalah teknikal yang dihadapi penyedia kemudahan penyertaan dan undian jarak jauh, Tricor Investor & Issuing House Services Sdn Bhd (Tricor).

 

Menurut kenyataan, Maybank akan memaklumkan tarikh baharu yang akan diumumkan kemudian.

 

Pengerusi Maybank, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, pihaknya memohon maaf kepada semua pemegang saham atas kesulitan yang timbul dan akan memberi tarikh mesyuarat yang baharu. 

 

"Kami menghargai semua pemegang saham yang meluangkan masa untuk log masuk hari ini untuk mengikuti mesyuarat ini, jadi, kami kan maklumkan tarikh yang lain," katanya.

 

Notis mesyuarat ini akan diumumkan kepada Bursa Malaysia dan juga menerusi laman web www.maybank.com -DagangNews.com