AirAsia X tawar tambang serendah RM166 ke Taipei, Amritsar menerusi jualan kilat 72 jam | DagangNews Skip to main content

AirAsia X tawar tambang serendah RM166 ke Taipei, Amritsar menerusi jualan kilat 72 jam

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 2 Nov - AirAsia X menawarkan tambang penerbangan sehala serendah RM166 ke beberapa destinasi seperti Taipei dan Amritsar menerusi jualan kilat 72 jam bermula hari ini hingga 4 November 2023.

 

Syarikat penerbangan tambang rendah jarak sederhana itu meraikan ulang tahun ke-16 minggu ini dengan menawarkan tambang rendah ke pelbagai destinasi di Asia.

 

Selain itu, orang ramai boleh menempah tempat duduk 'Premium Flatbed' ke destinasi menarik daripada RM766 sehala, selain menempah tempat duduk 'Quiet Zone' pada kadar diskaun 20% untuk masa terhad.

 

Tambang promosi itu dijual selama 72 jam, bermula hari ini sehingga 4 November untuk tempoh perjalanan antara sekarang dan 30 September 2024.

 

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata, syarikat penerbangan itu berbangga dengan pencapaian tersebut.

 

Katanya, pihaknya kini benar-benar kembali dan bersedia sepenuhnya untuk menerbangkan para tetamu ke pelbagai destinasi popular.

 

"Justeru, kami meningkatkan jumlah penerbangan ke destinasi utama kami seperti Tokyo, Taipei, Sydney dan Auckland untuk memenuhi permintaan ketara menjelang musim perjalanan puncak akan datang.

 

 

airasia

 

 

"Memandangkan lebih banyak pesawat kembali beroperasi, kami akan memperkenalkan lebih banyak penerbangan ke destinasi popular sedia ada dan ke destinasi baharu yang mungkin tidak pernah diterbangkan sebelum ini di berdasarkan permintaan para tetamu," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Sementara itu, sempena sambutan ulang tahunnya, AirAsia X menerusi penerbangan D7372 ke Taipei di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2), meraikan para tetamu dengan pemberian kek cawan AirAsia X serta cenderamata eksklusif. 

 

 

airasia

 

 

Bermula dari 11 hingga 26 November 2023, AirAsia X meneruskan sambutan itu dengan pameran interaktif yang mana semua orang berpeluang mendapatkan hadiah percuma dan memenangi penerbangan ke destinasi AirAsia X.

 

 

airasia

 

 

Untuk rekod, AirAsia X pertama kali terbang ke udara pada 2 November 2007 ke Gold Coast, Australia sebagai destinasi pertamanya. 

 

Sejak itu, syarikat penerbangan kini telah menerbangkan berjuta-juta tetamu dengan nilai hebat untuk perjalanan udara jarak pertengahan dan berikutnya. AirAsia X kini terbang ke 18 destinasi dari Malaysia.  - DagangNews.com