Alliance Bank sediakan bantuan banjir termasuk lanjutan moratorium sehingga 6 bulan | DagangNews Skip to main content

Alliance Bank sediakan bantuan banjir termasuk lanjutan moratorium sehingga 6 bulan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 20 Dis - Alliance Bank Malaysia Berhad hari melancarkan program Bantuan Banjir bagi membantu individu dan perniagaan yang terjejas ekoran musibah yang melanda negara ketika ini.

 

Alliance Bank akan melanjutkan tempoh penangguhan atau moratorium sehingga enam bulan dan perubahan jadual pembayaran pinjaman.

 

Pihak bank juga akan mengetepikan bayaran untuk sesetengah perkhidmatan seperti penggantian kad debit dan kad ATM.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank, Joel Kornreich berkata, pihaknya juga akan membantu kakitangannya yang terjejas akibat banjir.

 

"Kami memahami maslaah kewangan dan perasaan keluarga serta perniagaan yang terjejas akibat banjir. 

 

"Kami akan memainkan peranan kami untuk bantu melegakan kebimbangan mereka dari segi kewangan," katanya dalam satu kenyataan.

 

Pelanggan yang terjejas akibat banjir boleh menghubungi bank di talian 03-5516 9988 untuk bantuan lanjut.

 

Semua cawangan Alliance Bank akan dibuka untuk semua urusan melainkan Shah Alam. - DagangNews.com