Amalan naungan `patronage' masih berleluasa dalam industri tenaga Malaysia - IDEAS | DagangNews Skip to main content

Amalan naungan `patronage' masih berleluasa dalam industri tenaga Malaysia - IDEAS

IPP biasanya dalam kalangan firma terbesar di Malaysia dan oleh itu mungkin menarik pelabur institusi, ia juga boleh mencerminkan amalan perlindungan yang berterusan dalam industri, kata IDEAS. Gambar hiasan Alex Simpson

KUALA LUMPUR 15 Dis - Sistem pengawalseliaan semasa dan halangan yang tinggi untuk menyertai sektor tenaga Malaysia didakwa memberi laluan kepada amalan naungan dan mencari sewa, menurut satu laporan yang diterbitkan oleh badan pemikir, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).

 

Ditulis oleh Felo Kanan IDEAS, Dr Renato Lima de Oliveira, laporan itu mengatakan halangan tinggi untuk memasuki dan memainkan peranan di dalam industri tenaga yang diduduki oleh kerajaan dan Suruhanjaya Tenaga (EC) membawa kepada risiko ketiadaan pendirian berkecuali dalam pengeluaran lesen.

 

"Semua pemasangan kuasa mesti dilesenkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, dan semua lesen diberikan oleh Menteri atas nasihat Suruhanjaya Tenaga.

 

"Adalah jelas bahawa hampir semua IPP (pengeluar tenaga bebas) adalah berstatus sama ada secara langsung dikawal oleh negara atau berkaitan dengan negara, "kata Lima de Oliveira dalam laporan yang bertajuk 'Persaingan berkecuali di dalam Sektor Tenaga Malaysia: Menghapuskan Halangan untuk Industri Tenaga Lebih Hijau dan Lebih Inovatif '.

 

"Walaupun ini mencerminkan hakikat bahawa IPP biasanya dalam kalangan firma terbesar di Malaysia dan oleh itu mungkin menarik pelabur institusi, ia juga boleh mencerminkan amalan perlindungan yang berterusan dalam industri," kata penolong profesor pengurusan di Asia School of Business.

 

 

Dr Renato Lima de Oliveira
        Dr Renato Lima de Oliveira

 


Memetik buku tulisan bekas Menteri Tenaga, Yeo Bee Yin yang diterbitkan pada 2022 berjudul The (Un)Finished Business, Lima de Oliveira berkata ia menyebut senario lobi oleh syarikat-syarikat yang berpengaruh untuk menerima anugerah langsung IPP, dan bagaimana amalan sedemikian membawa kepada `pencarian sewaan' (rent seeking).

 

Satu lagi contoh politik rejim pelesenan, katanya, adalah layanan berbeza terhadap IPP asing- di mana sebelum tahun 2015, tiada perjanjian pembelian kuasa (PPA) yang pernah diberikan kepada syarikat asing (sebuah syarikat yang dimiliki dan dikawal oleh bukan Malaysia) kerana IPP dikehendaki tidak mempunyai lebih daripada 49% ekuiti milik asing.

 

Beliau menegaskan bahawa kerajaan membuat pengecualian pada tahun 2015 untuk pengambilalihan kuasa hampir RM10 bilion aset tenaga 1Malaysia Development Bhd.

 

Ia adalah pengambilalihan terbesar dari segi nilai dalam sejarah industri tenaga Malaysia, dan juga satu-satunya masa kerajaan membenarkan entiti bukan Malaysia untuk memperoleh ekuiti 100% dalam IPP, Lima de Oliveira.

 

"Keputusan yang luar biasa ini dikaitkan dengan kerjasama politik, ekonomi, dan perindustrian yang lebih dekat antara Malaysia dan China sebagai sebahagian daripada Inisiatif Belt and Road China (BRI), yang dalam banyak kes telah ditunjukkan dalam peningkatan kehadiran SOE Cina (milik negara perusahaan), sama ada bersendirian atau dalam kerjasama dengan GLC Malaysia (syarikat berkaitan kerajaan), "katanya.

 

"Contoh-contoh ini menunjukkan wujudnya politik rejim pelesenan, yang tidak selaras dengan prinsip-prinsip berkecuali pengawalseliaan," katanya.

 

Untuk menangani kekurangan aspek berkecuali dalam rejim pelesenan, Lima de Oliveira menggesa kerajaan untuk mengamalkan kriteria yang ketat, telus dan objektif untuk pemberian lesen.- DagangNews.com