Anak syarikat Scomi laksana perjanjian kerjasama dalam pembekalan penyelesaian penjanaan kuasa, sistem penjanaan kuasa hibrid | DagangNews Skip to main content

Anak syarikat Scomi laksana perjanjian kerjasama dalam pembekalan penyelesaian penjanaan kuasa, sistem penjanaan kuasa hibrid

​​​​​​​Oleh NABILA YASMIN RAZIB 

KUALA LUMPUR 13 Jan - Anak syarikat milik penuh Scomi Group Bhd (SGB) menandatangani memorandum perjanjian (MoA) untuk bekerjasama dalam perkara berkaitan pembekalan penyelesaian penjanaan kuasa dan sistem penjanaan kuasa hibrid. 

 

Dalam kenyataan kepada bursa Malaysia, Scomi memaklumkan, Scomi Capital Sdn Bhd dahulunya dikenali sebagai Scomi Energy Sdn Bhd, (SCSB) melaksanakan MoA pada Khamis dengan XAIR Pulsecor Sdn Bhd.

 

 XAIR terlibat terutamanya dalam perniagaan menyediakan dan mengeluarkan penjana kuasa.

 

"Pihak-pihak tersebut berhasrat untuk memanfaatkan pengetahuan XAIR dalam perniagaan menyediakan dan mengeluarkan penjana kuasa dan kepakaran SCSB dalam perniagaan perkhidmatan pengurusan tenaga boleh diperbaharui.

 

 “MoA tidak mempunyai kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham yang besar SGB. 

 

"Pada masa ini, MoA dijangka tidak mempunyai kesan material ke atas pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan penggearan SGB untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022,” katanya.

 

Saham Scomi tidak berubah pada tiga sen pada sesi rehat tengah hari ini, memberikan penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu permodalan pasaran sebanyak RM32.82 juta.

 

Scomi merupakan penyedia perkhidmatan global dalam industri penyelesaian minyak & gas dan pengangkutan yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

 

Scomi telah disenaraikan di Papan Kedua yang kini dikenali sebagai Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad pada 13 Mei 2003. 

 

Pada 13 Mei 2014, Scomi memindahkan status penyenaraiannya ke Pasaran Utama daripada Bursa Securities. -DagangNews.com