Aplikasi MAE dan platform web alami gangguan, Maybank mohon maaf kepada pelanggan | DagangNews Skip to main content

Aplikasi MAE dan platform web alami gangguan, Maybank mohon maaf kepada pelanggan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 25 Julai - Maybank memaklumkan bahawa perkhidmatan aplikasi MAE dan platform webnya mengalami gangguan.

 

Maybank menerusi ciapan di Twitter berkata, pihaknya memohon maaf kepada semua pelanggan dan sedang berusaha memulihkan dan menyelesaikan perkhidmatannya yang terjejas.

 

"Kami memohon maaf kepada semua pelanggan yang terjejas atas kesulitan yang disebabkan gangguan ini.

 

"Kami menghargai sikap timbang rasa dan kesabaran pelanggan kami dan akan terus memaklumkan kepada mereka secara berkala melalui media sosial rasmi Maybank dan platform M2U," katanya.

 

 

maybank

 

 

maybank

 

 

Sementara itu, Maybank memaklumkan, semua pelanggan kini boleh melaksanakan perkhidmatan perbankan mereka di laman web Maybank2u dan aplikasi MAE seperti biasa.

 

"Kami sedang berusaha memulihkan aplikasi M2U MY kami," katanya.

 

Sebarang bantuan dan kemas kini lanjut, pelanggan boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +60378443696 (Luar Negara) atau mengikuti/berkomunikasi dengan bank melalui platform media sosialnya. - DagangNews.com