Azizan Osman tambah lagi pegangan dalam MPay | DagangNews Skip to main content

Azizan Osman tambah lagi pegangan dalam MPay

Oleh ZUNAIDAH ZAINON
editor@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 20 Sept. -  Datuk Wira Azizan Osman menambah lagi 5.3 juta saham dalam ManagePay Systems Bhd. (MPay) menerusi Richworks International Capital Holdings Sdn Bhd. (RiCH).

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini, MPay berkata, saham biasa itu dibeli melalui pasaran terbuka.

 

"Ini menjadikan pegangan saham tidak langsungnya dalam MPay meningkat kepada 50.3 juta bersamaan 5.84%," katanya.  

 

Pada Julai lalu, Azizan, pemegang saham utama MPay telah menambah nilai pegangan sahamnya dalam syarikat tersebut yang menyaksikan peningkatan pegangannya kepada 10.58%.

 

Beliau yang memiliki pegangan langsung 44 juta unit saham MPay pada 18 Jun lalu yang mewakili 5.23% kepentingan, menambah pegangan tidak langsung 45 juta unit saham bersamaan 5.35% kepentingan menerusi RiCH.

 

BACA JUGA : MPay turut mohon lesen bank digital BNM

 

Ia merupakan lanjutan daripada tambahan pegangan sebanyak 45 juta unit saham, mewakili pegangan 5.35% kepentingan dalam MPay. - DagangNews.com