Bank tidak kenakan faedah terkompaun bagi moratorium, kata Tengku Zafrul | DagangNews Skip to main content

Bank tidak kenakan faedah terkompaun bagi moratorium, kata Tengku Zafrul

PUTRAJAYA 29 Jun -  Bank-bank tidak akan mengenakan faedah terkompaun dan caj penalti lewat bayaran bagi moratorium enam bulan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

 

Ketika menegaskannya, beliau berkata kerajaan membangkitkan perkara itu dan telah mendapat persetujuan bank-bank dalam pertemuan mereka baru-baru ini.

 

“Buat laporan serta aduan sekiranya pihak bank bertindak menaikkan faedah terkompaun serta caj penalti (ke atas moratorium itu),” katanya pada sidang media di sini hari ini, lapor Bernama.

 

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan moratorium enam bulan yang diberikan kepada semua peminjam individu yang melibatkan semua peringkat pendapatan. - DagangNews.com