Bekas Ketua Pegawai Eksekutif GIIB Tai Boon Wee didakwa atas tuduhan pemalsuan penyata kewangan | DagangNews Skip to main content

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif GIIB Tai Boon Wee didakwa atas tuduhan pemalsuan penyata kewangan

KUALA LUMPUR 15 Mei - Bekas ketua pegawai eksekutif GIIB Holdings Bhd Tai Boon Wee didakwa di mahkamah  atas pertuduhan memalsukan laporan kewangan suku ketiga interim 2023 pengilang getah itu yang kononnya tulen.

 

Tai secara khusus didakwa bersubahat, dengan mengarahkan setiausaha syarikat Mak Chooi Peng untuk secara tidak jujur menggunakan penyata kewangan interim palsu bagi tempoh berakhir 31 Mac 2023 untuk GIIB sebagai tulen.

 

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Bursa Malaysia Securities pada Mei 2023.

 

 

Pertuduhan yang didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 109 dan 465 akta sama, membawa hukuman sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

 

Tai, 64, meminta dibicarakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi, hari ini, menurut laporan The Edge.

 

Hakim Azura menetapkan jaminan RM20,000 dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari manakala Tai diwakili Wan Sharizal Wan Ladin, yang memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya telah bekerjasama dengan pihak berkuasa sepanjang siasatan dua tahun itu.

 

Ini adalah kali kedua Tai didakwa atas tuduhan pemalsuan. Beliau pertama kali didakwa bersama bekas pengarah eksekutif Wong Ping Kiong kerana memberikan dokumen palsu kepada juruaudit Grant Thornton Malaysia PLT berhubung penjualan mesin bernilai RM2.95 juta yang tidak wujud.

 

Bagaimanapun, Tai dan Wong dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan itu pada Oktober selepas Mahkamah Tinggi membenarkan usul kedua-dua mereka untuk membatalkan pertuduhan itu.

 

Pada September tahun lalu, Tai berundur daripada jawatannya dalam syarikat itu, menyerahkan tampuk pentadbiran kepada anak lelakinya Tai Qisheng dan Tai Qiyao. - DagangNews.com