Berjaya Corp muktamadkan pembelian tanah bagi pembinaan Four Season Hotel & Hotel Yokohama bernilai RM407.3 juta | DagangNews Skip to main content

Berjaya Corp muktamadkan pembelian tanah bagi pembinaan Four Season Hotel & Hotel Yokohama bernilai RM407.3 juta

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 2 April - Unit Berjaya Corp Bhd telah menandatangani perjanjian jual beli (SPA) dengan City of Yokohama untuk membeli tapak seluas dua hektar di Minato Mirai, Nishi pada harga pembelian RM407.3 juta ( ¥12.61 bilion).

 

Perjanjian yang ditandatangani pada 29 Mac 2024 selepas ia mula-mula mengumumkan pembelian pada Disember 2022.

 

Berjaya Yokohama Hospitality Asset TMK merancang untuk membangunkan kediaman Four Seasons Hotel & Hotel Yokohama di tapak yang dibeli tersebut.

 

Berjaya Yokohama telah menjelaskan sepenuhnya RM407.3 juta pada tarikh menandatangani SPA.

 

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Berjaya Yokohama juga telah memeterai perjanjian pajakan dengan Yokohama City untuk pajakan tiga bidang tanah di hadapan laut untuk bayaran pajakan tahunan sebanyak RM101,573. Tempoh pajakan ialah 5 tahun dari 1 April 2024 hingga 31 Mac 2029.

 

Mereka akan memasuki semula perjanjian pajakan baharu pada 2025, sebelum Berjaya Yokohama memulakan pembinaan mana-mana bangunan, untuk tempoh pajakan yang lebih lama seperti 20 tahun berserta klausa pembaharuan selepas itu.

 

Pada Isnin, harga saham Berjaya Corp ditutup 1.67 peratus lebih rendah kepada 29.5 sen sesaham. - DagangNews.com