Berjaya Sompo perkenal insurans motor telematik inovatif, SOMPO MotorSafe | DagangNews Skip to main content

Berjaya Sompo perkenal insurans motor telematik inovatif, SOMPO MotorSafe

Berjaya Sompo

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangenews.com

 

 

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Berjaya SOMPO Insurance Berhad (Berjaya Sompo) melancarkan SOMPO MotorSafe yang merupakan satu perlindungan insurans motor telematik inovatif yang berdasarkan kepada penggunaan. 

 

Perlindungan insuran itu bersesuaia untuk pemandu yang mencatat jarak tempuh yang rendah dengan kelenturan pembayaran mengikut jarak tempuh yang dipilih.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sek Kee berkata, SOMPO MotorSafe menawarkan tiga pelan jarak tempuh setahun yang berbeza, mengikut kesesuaian setiap kenderaan dengan premium yang berpatutan iaitu sehingga 5,000 km, sehingga 10,000 km dan sehingga 15,000 km.

 

.

 

Sehubungan itu, pelanggan boleh memilih pelan jarak tempuh yang tersedia dengan pilihan untuk menambah nilai sehingga pelan yang berikutnya, atau pelan jarak tempuh penuh sekiranya mereka hampir memenuhi jarak tempuh yang dipilih.

 

"Dengan SOMPO MotorSafe, kami telah merangka satu polisi yang membolehkan pelanggan memilih perlindungan yang sesuai dengan keperluan jarak tempuh mereka pada kadar premium diskaun, dan pada masa yang sama, masih menikmati perlindungan yang komprehensif.

 

"Dengan menggunakan teknologi telematik, kami dapat melindungi perjalanan pelanggan kami tanpa mereka perlu menghadapi sebarang kesulitan kewangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

.

 

SOMPO MotorSafe akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia semasa pandemik COVID-19 dengan membantu penjimatan kewangan memandangkan terdapat kurang pemanduan disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan.

 

Setiap Polisi SOMPO MotorSafe telematik dilengkapi dengan Tag SOMPO berkuasa bateri yang menggunakan Bluetooth dengan aplikasi SOMPO MotorSafe yang mengesan penggunaan jarak tempuh kenderaan serta menyediakan bantuan keselamatan.

 

Jika kereta mengalami kerosakan atau semasa satu kecemasan, pemandu hanya perlu menekan butang selama 2 saat, dan talian bantuan SOMPO akan memanggil pemandu itu untuk memberikan bantuan, masing-masing diberi nama bCall dan eCall.

 

Di samping itu, Tag SOMPO itu dilengkapi dengan sebuah sistem Pengecaman Pemandu Automatik yang boleh mengesan kemalangan teruk melalui telefon pintar.

 

Bagi menerapkan amalan pemanduan yang baik, pemandu yang diinsuranskan itu akan juga menerima amaran “bunyi bip” masa nyata sekiranya menghantar teks ketika memandu.

 

Tambah Tan, polisi SOMPO MotorSafe sesuai untuk isi rumah yang mempunyai lebih dari dua kereta, pemandu jarak tempuh yang rendah dan juga pemilik kereta hujung minggu. - DagangNews.com