BIMB buat penebusan penuh sukuk RM1.66 bilion | DagangNews Skip to main content

BIMB buat penebusan penuh sukuk RM1.66 bilion

 

 

KUALA LUMPUR 3 Jun - BIMB Holdings Bhd. menerusi langkah permulaan dalam penyusunan semula kumpulan, membuat penebusan penuh awal Sukuk Murabahah sebanyak RM1.05 bilion hari ini, bersamaan penebusan berjumlah RM988.4 juta.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, BIMB berkata penebusan penuh awal bagi Sukuk Murabahah itu akan mengurangkan obligasi kumpulan berikutan langkah penyusunan semula kumpulan.

 

Pada 12 Disember 2013, BIMB telah menerbitkan Sekuriti Islam tanpa kadar 10 tahun dengan nilai nominal RM1.66 bilion di bawah prinsip Syariah Murabahah.

 

"Sukuk Murabahah itu diterbitkan dengan potongan harga dan langganan sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji dan akan matang pada 12 Disember 2023," katanya.

 

Langkah penstrukturan semula itu dijangka selesai Ogos ini yang akan menyaksikan Bank Islam Malaysia Bhd. mengambil alih status penyenaraian dari BIMB.

 

Ia akan meletakkan Bank Islam sebagai satu-satunya institusi penuh perbankan Islam yang disenaraikan di Bursa Malaysia. - DagangNews.com