Bintai Kinden intai projek pembangunan baharu di Nusantara | DagangNews Skip to main content

Bintai Kinden intai projek pembangunan baharu di Nusantara

Gambaran artis mengenai Nusantara yang akan dibungan sebagai ibu negara baharu Indonesia.

KUALA LUMPUR 20 Dis - Bintai Kinden Corporation Berhad berminat untuk menjadi sebahagian daripada pemain di dalam pembangunan ibu negara baharu Indonesia iaitu Nusantara dan akan mencari peluang bagi memanfaatkan perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrik (M&E) untuk sejumlah besar bangunan yang akan dibina.

 

Pengarah Eksekutif Bintai Kinden, Azri Azerai berkata, syarikat itu mahu meneroka pasaran Indonesia kerana ia merupakan negara terbesar di Asia Tenggara, dengan ekonomi dan penduduk terbesar serta peluang yang ada sepadan dengan kelebihannya.

 

“Setakat ini Bintai Kinden tidak bimbang untuk mengembangkan operasi di Indonesia kerana telah mengadakakan perkongsian dengan PTRIE, yang pengasasnya mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam industri minyak dan gas (O&G).

 

"Kami juga tidak bimbang dengan persaingan syarikat-syarikat dari Malaysia serta pemain tempatan Indonesia kerana yakin dengan kekuatan utama dalam  perkhidmatan kejuruteraan M&E," katanya.

 

Selain itu, syarikat ini mempunyai rekod prestasi kembali ke tahun 1973 dan DNA dari Kinden Corp, pakar M&E Jepun.

 

azri
Pengarah Eksekutif Bintai Kinden, Azri Azerai

 

Sebagai contoh katanya, Bintai Energy Sdn. Bhd., sub-anak syarikat yang memegang 51% kepentingan, adalah perkongsian dengan Petro Flanges & Fittings Sdn Bhd (PFF), yang memegang baki kepentingan dalam Bintai Energy.

 

PFF adalah pengeluar produk paip lain yang berkaitan terutamanya untuk industri O&G.

 

Mengulas lanjut Azri berkata, Bintai Kinden kini terus mengorak langkah dalam mencari lebih banyak projek yang memanfaatkan kepakaran dan pengalamannya dalam perkhidmatan kejuruteraan M&E termasuk reka bentuk, pemasangan dan pentauliahan.

 

Beliau berkata, projek terbaharu daripada TNB ini mencerminkan peluang yang berpunca daripada momentum pertumbuhan ekonomi.

 

“Yang terkini dianugerahkan kepada anak syarikat milik penuh kami, Kejuruteraan Bintai Kindenko Sdn. Bhd. (KBK), yang akan memasang litar berkembar kabel bawah tanah 132kV. 

 

nusantara
Nusantara akan dibangunkan sebagai pusat pentadbiran baharu Indonesia.

 

"Skop kerja projek melibatkan pemasangan sistem kabel 132kV XLPE baharu dari Pusat Kewangan PMU ke Pencawang Pusat Data GDS yang terletak di Nusajaya, Johor,” katanya.

 

Beliau berkata, Bintai Kinden akan terus mencari projek-projek sedemikian bagi memanfaatkan kepakaran dan pengetahuan mereka.

 

Selain itu, Bintai Energy Sdn. Bhd. (Bintai Energy) telah dilantik oleh World Standard Materials Co. Ltd. dari Korea Selatan untuk menjual dan memasarkan bebibir, plat, tiub, paip, gegelung dan kelengkapan untuk industri kimia dan petrokimia.

 

Bintai Energy memeterai perjanjian kerjasama perniagaan dengan PT Raintech Indo Energi (PTRIE) untuk memasarkan dan mempromosikan bebibir, kelengkapan, paip dan peralatan minyak dan gas lain bagi pihak Bintai Energy di Indonesia. - DagangNews.com