KUALA LUMPUR 2 Nov - HSBC Bank menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) bakal menaikkan kadar dasarnya sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.75% pada Khamis (3 Nov).
HSBC berpendapat peningkatan inflasi teras memaksa BNM meneruskan kitaran kenaikannya (25 mata asas), walaupun secara beransur-ansur.
Dengan ini, BNM akan mencatatkan kenaikan terkumpul 100 mata asas tahun ini, menjadikan kadar dasar semalaman kepada 2.75%.
"Mesyuarat yang akan datang adalah mesyuarat terakhir bank pusat tahun ini. Selepas Belanjawan mengembang dan gesaan untuk pilihan raya awal, langkah BNM akan menjadi tumpuan.
Namun demikian, kata Ketua ekonomi Asia, ketua bersama penyelidikan global untuk Asia HSBC, Frederic Neumann, mungkin terdapat sedikit risiko di mana BNM tidak menaikkan OPR buat seketika.
Beliau berkata, ini terutamanya disebabkan Indeks Harga Pengguna (IHP) telah berkurangan sedikit dan tekanan ekonomi global juga semakin meruncing, bank pusat mungkin tidak menaikkan OPR bagi membolehkannya menilai kesan kenaikan (75 mata asas) yang telah dilaksanakan.
"Tetapi adakah ia cukup untuk menutup inflasi teras? IHP mungkin telah memuncak, tetapi pertumbuhan ekonomi yang mampan dan teguh boleh meningkatkan inflasi teras.
"Kami berpendapat mungkin masih awal untuk BNM tidak menaikkan OPR, dengan Bajet yang mengembang dan pilihan raya akan datang," kata Neumann.
Beliau berkata, walaupun menghadapi masalah global, ekonomi Malaysia telah menunjukkan prestasi yang lebih baik di rantau ini.
Katanya, selepas pertumbuhan yang memberangsangkan sebanyak 8.9% pada suku kedua (2Q2022), ekonomi berkemungkinan kembali memberangsangkan pada 3Q (10%).
"Terima kasih kepada pembukaan semula sempadan dan penarikan balik sekatan berkaitan pandemik, penggunaan swasta telah pulih semula menjadi tonggak utama pertumbuhan.
Sentimen pengguna dan perniagaan telah meningkat, dan pasaran buruh pulih dengan pantas.
Kadar pengangguran kini berada pada paras terendah sejak wabak itu bermula. Pertumbuhan pelaburan juga berdaya tahan, dengan rekod aliran masuk pelaburan langsung asing pada tahun 2021.
Selain itu, asas eksport yang terpelbagai dengan baik telah membantu Malaysia meraih faedah daripada kenaikan harga komoditi dan kekurangan semikonduktor global.
"Walaupun kini terdapat tanda-tanda jelas kitaran perdagangan yang perlahan, faktor positif domestik mungkin masih mencukupi untuk mengimbangi kesan sekurang-kurangnya menjelang 2022," ujar beliau. - DagangNews.com