Bolehkah dipulihkan keretakan hubungan Brahim's-Malaysia Airlines? Mengapa kerajaan membisu? | DagangNews Skip to main content

Bolehkah dipulihkan keretakan hubungan Brahim's-Malaysia Airlines? Mengapa kerajaan membisu?

Oleh Nik Nur Shafika Mustafa

JIKA kita menaiki penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) pasti kita dihidangkan dalam pesawat. Tahukah kita yang hidangan itu adalah daripada syarikat katering Brahim’s Holdings Bhd.

 

Brahim's mengambil alih MAS Catering Sdn Bhd (MCSB) yang menanggung kerugian sebanyak RM240 juta di dalam penyata perakaunannya. 

 

Brahim's mengambil alih MCSB dengan membayar RM170 juta.  BRAHIM’S membayar satu jumlah yang sangat besar, maka Brahim's memohon kontrak selama 25 tahun bagi memastikan  Brahim's ingin mendapat kembali pulangan pelaburan (ROI) mereka.


 

parafrasa

 


Brahim's telah mendapat ROI sepanjang bersama MAB

Adakah Brahim's tidak mendapat pulangan atau ROI yang baik sepanjang bersama MAB. Jika dianalisis secara asas, pasti kita katakan Brahim's telah mengaut keuntungan yang besar sepanjang kerjasama dengan MAB. Bermula tahun 2016, Brahim's sudah mula merasa cabaran dalam menguruskan perniagaan.

 

Ini apabila selepas harga diturunkan sebanyak 40% dan RM75 juta hutang syarikat terhapus, Brahim's juga terpaksa menjual semula saham 49% yang diambil alih dari LSG Sky Chefs (LSG) dan jual semula kepada Singapore Airport Terminal Services (SATS) yang mempunyai perniagaan sama dengan Brahim's.

 

Pandemik menjejas teruk Brahim's

Pandemik COVID-19 membuatkan banyak perniagaan gulung tikar kerana tidak mampu bertahan dek kerana tiada jualan dan menanggung kos operasi yang tinggi. Nasib yang sama dialami oleh Brahim's apabila sajian sehari merundum jatuh daripada 55,000 sajian sehari kepada 200-1,000 sajian sehari. Bayangkan bagaimana Brahim's mampu bertahan?

 

Brahim's memikirkan maruah MAB dan maruah negara, mendorong syarikat itu meneruskan perkhidmatannya. Apakah yang akan berlaku? Perkara ini mungkin yang akan memberi kesan kepada seluruh ekosistem penerbangan di Malaysia.

 

Apa isu sebenar Brahim's dan MAB?

Terbaru Brahim's dan MAB gagal mencapai kata sepakat dalam rundingan untuk memperbaharui perjanjian kontrak antara kedua-dua pihak.

 

Kenapa perbincangan Brahim's dan MAB gagal?

Dalam memeterai perjanjian baharu iaitu perjanjian ketering 2.0 antara Brahim's dan MAB tidak mendapat kata persetujuan bersama.

 

Perbincangan awal telah dijalankan oleh Brahim's dan MAB semenjak Ogos 2022 yang lalu, namun  begitu persetujuan bersama “menang-menang” tidak berjaya dicapai.


 

tnb

 


Brahim's mahukan perjanjian baharu yang dimeterai dengan 3 tahun + 3 tahun bermula 1 Januari 2023. Namun begitu, MAB tidak bersetuju dengan terma ini dan mencadangkan 3 tahun + 2 tahun. Walaupun Brahim's terpaksa bersetuju dengan terma 3+2 ini namun terdapat pertikaian lain antara Brahim's dan MAB yang mengheret kegagalan perbincangan sehingga Mac 2023.

 

Adakah MAB akan berpatah arang?

Selepas gagal dalam perbincangan untuk memperbaharui perjanjian ketering 2.0. MAB memberi perjanjian singkat atau ad-hoc contract kepada Brahim's. Perjanjian singkat antara Brahim's dan MAB ialah:

 

  • 1 Januari 2023 hingga 30 Mac 2023 (lanjutan kontrak singkat kali pertama)
  • 1 April 2023 hingga 30 Jun 2023 (lanjutan kontrak singkat kali kedua)

 

Apa yang akan berlaku selepas 30 Jun 2023 ini. Adakah Brahim's dan MAB akan meterai perjanjian ketering 2.0? atau tamatnya hubungan kedua-dua syarikat? Brahim's masih lagi berharap agar kontraknya bersama MAB akan bersambung dan mereka boleh memulihkan keadaan seperti dahulu, namun begitu, nampaknya MAB “macam” ingin berpatah arang dengan Brahim's.   

 

Adakah Brahim's dan MAB masih tidak mahu berbincang?

Sebenarnya Brahim's dan MAB masih lagi cuba untuk mencapai konsensus dalam perbincangan bersama. Antara yang menjadi pertikaian antara Brahim's  dan MAB adalah mengenai makanan atau sajian yang dibekalkan oleh Brahim's kepada MAB. 

 

Brahim's telah menaikkan harga sekitar 20%-30%. Walaupun kenaikan harga baharu ini nampak tinggi namun hakikatnya ialah harga baharu itu hanya sekadar mengambil semula kejatuhan harga 40% yang diturunkan pada 2015. Harga baharu itu hanya sekadar mengambil semula kejatuhan harga 40 peratus yang diturunkan pada 2015.

 

Selain itu, terdapat 12 terma atau klausa lain dalam perjanjian ketering 2.0 antara Brahim's dan MAB. Secara asasnya, Brahim's dan MAB boleh bersetuju dengan terma tersebut kecuali terma terakhir.

 

Brahim's tidak bersetuju dengan terma terakhir yang diletakkan oleh MAB iaitu MAB mempunyai kelebihan atau privilage untuk convenience termination atau pembatalan perjanjian secara mudah.


 

volatiliti

 


Apakah yang dimaksudnya dengan pembatalan perjanjian secara mudah?

Ia bermaksud jika pada hari ini MAB mahu menamatkan kontrak, esok MAB boleh serahkan 30 hari notis kepada Brahim's untuk membatalkan perjanjian dan ianya akan terbatal.

 

Ini yang membawa kepada kegagalan mencapai kata sepakat antara Brahim's dan MAB.

 

Brahim's berpendapat klausa atau terma penamatan kontrak secara mudah ini adalah tidak adil kerana entiti itu juga perlu melindungi syarikat dan kakitangannya.

 

MAB ada perancangan sendiri jika rundingan masih gagal

Jika rundingan masih menemui kegagalan, MAB menerusi Malaysia Airlines Malaysia Aviation Group (MAG) akan mengkaji perkhidmatan ketering tempatan lain untuk menawarkan perkhidmatan penyediaan makanan kepada MAB.

 

Selain itu, MAB juga bercadang mengendalikan ketering sendiri dengan menggunakan salah satu syarikat sekutunya, MAS Awana.

 

Namun begitu, adakah MAS Awana mampu melalukan perkhidmatan ketering sebaik Brahim's?

 

Secara asasnya, MAS Awana tidak mempunyai kapasiti untuk melakukan semua kerja itu sendiri. Mahu tidak mahu kelak, MAS Awana terpaksa juga disubkontrakkan kepada vendor lain juga.

 

Ada juga khabar angin yang menyatakan Pos Aviation In-Flight Catering, anak syarikat Pos Aviation Sdn Bhd. MAS Awana, sebelum ini MAS Catering (Sarawak) Sdn. Bhd.akan dipilih sebagai subkontraktor vendor. Namun ini belum dapat dipastikan kesahihahnya.


 

tnb

 


Penstrukturan semula Brahim's jika “bercerai” dengan MAB

Walaupun jika jika “jodoh” nya bersama MAB akan tamat, Brahim's masih mempunyai kerjasama dengan syarikat penerbangan asing seperti Qatar Airways, Emirates, ANA All Nippon Airways, Japan Airlines, Turkish Airlines dan Korean Air.

 

Namun begitu, bukan mudah untuk Brahim's  “berjuang” dalam perniagaannya tanpa MAB. Brahim's perlu segera membuat penstrukturan semula syarikatnya jika kontraknya bersama MAB ditamatkan.

 

Pastinya pengalaman bergelut menguruskan perniagaan era pandemik akan menjadi panduan dan kekuatan Brahim's untuk meneruskan kelangsungan syarikatnya.

 

Brahim's bersedia jika akhirnya bercerai

Dalam kemelut perjanjian kontrak bersama MAB, terbaru Brahim's juga telah di keluarkan dari senarai syarikat Bursa Malaysia apabila Bursa Malaysia menolak rayuan Brahim's untuk lanjutan masa bagi menyerahkan pelan penstrukturan semula syarikat.

 

Sebelum itu, Brahim's telah tersenarai sebagai syarikat PN17. Dana pemegang saham syarikat kurang daripada 25% daripada jumlah modal berbayar yang mengheret syarikat itu sebagai syarikat PN17.

 

Apa yang diharapkan rundingan antara Brahim's dan MAB akan berakhir dengan baik. Semoga ada sinar yang baik buat Brahim's - DagangNews.com

 

Nik Nur Shafika Mustafa adalah Pensyarah Kewangan Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Johor

volatiliti