Muzim Bukit Besi di Dungun, Terengganu - satu lagi tarikan pelancongan di negara ini.
Oleh MOHD FUDZAIL MOHD NOR
Kolumnis DagangNews.com
APAKAH ada di Bukit Besi? Saya telah empat kali melalui lebuh raya untuk ke Kuala Nerus dari Kelana Jaya tanpa menyedari ada tempat bersejarah malah sejak saya bersekolah tidak mengetahui hal berkaitan.
Apabila jiran, Prof Madya Dr Wan Mohd Yusof dari Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA mengajak saya ke majlis pembukaan muzium di Bukit Besi, saya tidak teragak-agak untuk menyertai beliau. Walaupun kurang mengerti tujuannya.
Saya peminat muzium dengan hampir semua muzium telah saya lawati sewaktu lawatan ke 41 negara di dunia.
Dalam perjalanan, Prof Madya Dr Wan Mohd Yusof bercerita sejarah perlombongan bijih besi di Bukit Besi yang agak istimewa. Memaparkan memori peninggalan penjajah dalam sosioekonomi penduduk tempatan dan bukti wujudnya perkampungan antarabangsa sejak 1929.
Pada era kegemilangannya, kawasan itu didiami warga British, Amerika, Kanada, Australia, Belanda, Jerman, Afrika Selatan, India dan China. Satu penempatan yang menakjubkan untuk saya kerana lokasi Bukit Besi yang agak jauh.
Tumpuan warga asing menjadikan Bukit Besi dilengkapi pelbagai kemudahan moden termasuklah kolam renang pertama di Malaysia. Kolam renang yang lengkap dengan papan anjal, dibina sekitar 1950-an dikawasan yang ramai penduduk.
Pada hari Ahad itu, pembukaan muzium Sungai Besi telah dirasmikan dengan ramai tetamu.
Sebuah syarikat dari Jepun, Kuhara Mining Limited diberi lesen oleh kerajaan negeri memulakan aktiviti perlombongan pada Mei 1930. Ini menjadikan Bukit Besi sebagai nadi pertumbuhan ekonomi yang penting di Terengganu.
Lombong besi sentiasa beroperasi 24 jam sehari. Penempatan pekerjanya dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk stesen kereta api, sekolah, balai polis, hospital dan pawagam.
Ini telah berlaku sewaktu syarikat dari British, Eastern Mining Metal Company (Emmco) mengambil alih perlombongan bermula 1950. Saya teruja kerana Bukit Besi pada ketika itu sangat terkenal setaraf Kuala Lumpur dan Singapura.
Pada abad ke-20 dahulu, Bukit Besi telah terkenal sebagai kawasan perlombongan bijih besi terbesar di Asia Tenggara. Ini seiring dengan pertumbuhan pesat perusahaan keluli di Jepun yang berkait rapat.
Kegiatan perlombongan turut membantu perkembangan Bukit Besi sebagai kota kosmopolitan termasyhur di Semenajung Tanah Melayu. Namun sebaik penutupan sektor perlombongan pada tahun 1971, Bukit Besi sekarang ditinggal sepi menjadi warisan bersama sejarahnya yang semakin ditelan zaman dan dilupakan.
Menyedari kehebatan di sebalik sejarah kegemilangan industri perlombongan bijih besi itu sebuah galeri perlombongan diwujudkan di pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) Cawangan Bukit Besi pada 2002.
Prof Maya Dr Mohd Yusof terus bercerita yang usaha berterusan dilaksanakan hinggalah terbinanya Muzium Bukit Besi. Ini membolehkan pengunjung melihat gambar penduduk yang menetap dan peralatan melombong. Juga maklumat penduduk asing yang ramai dilahirkan di Bukit Besi.
Waris warga asing yang mempunyai nilai sentimental tersendiri dengan Bukit Besi dijangkakan turut melawati. Ramai waris dari Kanada, Australia dan Amerika Syarikat sering datang ke Bukit Besi untuk mengimbau semula memori manis kerana bapa, ibu, datuk dan nenek mereka yang pernah bekerja dengan kepakaran.
Sebahagian peralatan yang dipamerkan dibeli daripada pemilik asal dan waris. Malah yang disumbangkan oleh waris warga asing sebagai kenangan untuk diabadikan.
Simbol kegemilangan dan kemajuan sektor pengangkutan darat hasil aktiviti perlombongan dari Bukit Besi ke pelabuhan di Dungun dipaparkan melalui artifak.
Pengunjung didedahkan dengan lebih terperinci tentang pemprosesan bijih besi bermula dari kerja-kerja perlombongan hinggalah bahan mentah itu dieksport ke luar negara.
Saya teruja dapat melihat semula nostalgia kehidupan pada masa dahulu dan menghargai kesungguhan kerajaan yang komited membina muzium berkenaan.
Muzium itu adalah bukti betapa tabahnya generasi terdahulu mengharungi liku-liku kehidupan walaupun terpaksa bekerja di bawah syarikat asing pascaperang.
Generasi sekarang perlu mengambil iktibar dan roh perjuangan nenek moyang mereka demi meneruskan kelangsungan hidup ke arah yang lebih baik dan pembangunan yang tersusun.
Titik permulaan kehidupan yang lebih berkualiti sebab syarikat perlombongan sangat menjaga kebajikan kakitangan. Kewujudan muzium itu dapat mengembalikan kenangan ramai orang yang masih bernafas. Penempatan waktu itu amat moden dan menjadi kebanggaan ramai di luar Kuala Terengganu.
Lawatan galeri, pakej pelancongan merangkumi lawatan ke monumen perlombongan bijih besi yang terpelihara di Bukit Besi termasuk stesen simpanan bahan letupan, simpanan bijih besi, peleburan bijih besi dan kolam renang.
Pengunjung akan dibawa ke mengunjungi monumen terbabit dengan menaiki bas dan penerangan daripada pegawai muzium.
Walau begitu saya mengharapkan muzium maya turut terbina terutama yang tidak dapat mengunjungi dan boleh diakses di seluruh dunia melalui internet. Seperti mana muzium-muzium lain yang telah turut mengadakan muzium maya atau dalam talian.
Salah satu kesukaan saya ialah melawat Muzium New Zealand Te Papa Tongarewa, semestinya berada di tangga teratas pilihan. Muzium dengan enam tingkat pameran interaktif canggih yang ditempatkan di bangunan seni yang menakjubkan.
Tetapi jika ungkapan 'muzium nasional' memaparkan gambar artifak berdebu dalam kotak kaca, mungkin belum pernah ke Te Papa. Pendekatan Te Papa yang bijak, kontemporari, dan berbudaya menjadikannya liga tersendiri dan, tidak seperti banyak muzium, kemasukan umum adalah percuma dan dibuka setiap hari kecuali Hari Krismas.
Nama penuh muzium ini diterjemahkan menjadi 'wadah harta karun', yang merupakan penerangan yang tepat untuk muzium yang dianggap sebagai tempat tinggal cerita sejarah New Zealand.
Lebih dari 30 juta pengunjung telah memasuki pintu sejak Te Papa dibuka pada tahun 1998, dan setelah mula mengembara di antara pameran tidak akan tertanya-tanya mengapa muzium ini sangat terkenal.
Te Papa begitu kaya dengan cerita sehingga kakitangannya terus belajar dengan tidak menyangka berapa banyak maklumat baru yang akan diambilnya dalam peranannya. Berkongsi wawasan budaya, ilmiah dan sejarah ini semasa mengadakan lawatan, dengan menggunakan latar belakang pendidikan kakitangan untuk memastikan pengunjung tetap sibuk dan terhibur.
Ini mencerminkan peribahasa Māori yang menjelaskan perkara yang paling penting di dunia: "dia tangata, dia tangata, dia tangata", atau: "itu adalah orang, itu orang, itu orang".
Bagi pengunjung yang tidak biasa dengan budaya Māori, mulakan dengan pameran Mana Whenua. Menghabiskan masa di ruang ini adalah cara yang kuat untuk memahami orang asli New Zealand, dengan gabungan artefak dan seni moden yang menjelaskan bagaimana warisan bangsa sangat penting untuk budaya moden.
Te Papa adalah satu daripada 25 muzium terbaik di dunia. Collections Online mempunyai maklumat mengenai hampir 800,000 karya seni, objek, dan spesimen dari koleksi Te Papa - dari gigi dinosaur hingga seni kontemporari.
Topik-topik ini dilengkapi dengan lebih dari 190,000 gambar, dengan lebih daripada 60,000 tersedia untuk muat turun resolusi tinggi.
Terdapat juga banyak maklumat mengenai orang, tempat, topik, spesies, dan penyelidikan yang berkaitan dari Te Papa. Itulah muzium Te Papa secara maya.
Bagi tujuan promosi, bayaran masuk ke Muzium Bukit Besi adalah percuma sehingga arahan dikeluarkan dari semasa ke semasa. - DagangNews.com