Cadangan Syed Mokhtar, apa kata Zakaria Arshad? | DagangNews Skip to main content

Cadangan Syed Mokhtar, apa kata Zakaria Arshad?

Zakaria Arshad

Minggu lalu, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary menerusi syarikat Perspective Lane (M) Sdn. Bhd.(PLSB) bercadang untuk menjadi pemegang saham utama FGV Holdings Bhd. 

Langkah itu akan dibuat menerusi menerusi suntikan aset perladangan ke dalam FGV untuk pertimbangan saham dan PLSB berpotensi menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat perladangan tersebut sebaik saja urus niaga itu selesai.

Berikut adalah pandangan Ahli Lembaga Koperasi Permodalan Felda (ALK), Datuk Zakaria Arshad yang juga bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV mengenai cadangan ini seperti yang dijelaskan kepada ALK untuk pemahaman ahli-ahlinya.  

 


KESAN BURUK 

  • Pada masa ini Koperasi Permodalan Felda (KPF) memegang saham dalam FGV sebanyak 4.75%. Jika cadangan ini berlaku, pegangan saham KPF berkemungkinan besar akan menyusut menjadi kira-kira 3% dan saham Felda daripada 33% kepada 26%
  • Ada kemungkinan harga saham akan menyusut kerana unit saham FGV akan menjadi lebih banyak di pasaran iaitu daripada 3.6 bilion unit saham kepada lebih kurang 4.3 bilion unit saham
  • FGV tidak mendapat wang tunai tetapi dalam bentuk aset (ladang Tradewind Plantation dan kilang gula CSR). Ini tidak membantu aliran wang tunai FGV dan sekali gus tidak membantu KPF dan Felda untuk memperolehi wang tunai.

 


KESAN BAIK

  • Pada tahun lepas, Tradewind memperolehi keuntungan sebanyak RM229.5 juta manakala FGV mempunyai kakitangan ladang yang pengalaman luas. Penggabungan FGV dengan Tradewind dijangka dapat mewujudkan pasukan yang lebih mantap
  • Dengan penggabungan ladang FGV ,Tradewind dan kepemimpinan Syed Mokhtar serta Ahli Lembaga FGV sedia ada, ia mampu membentuk sebuah konglomerat ladang kelapa sawit terbesar dunia, yang mempunyai economic of scale yang diterajui oleh bumiputera
  • FGV akan dapat meningkatkan rangkaian pemasaran produk-produk mereka terutama produk hiliran dengan menggunakan rangkaian pemasaran syarikat-syarikat Syed Mokhtar yang berada di merata dunia
  • Sebagai pemegang saham terbesar, sudah pasti Syed Mokhtar mahukan syarikat ini memperoleh keuntungan sebanyak mungkin. Ini sekali gus menjadikan Felda dan KPF menerima dividen yang lebih tinggi berbanding sekarang
  • Felda dan KPF berpeluang menjual sebahagian saham yang dipegang sekarang kepada Syed Mokhtar dengan harga premium (atas harga pasaran) sekiranya beliau ingin menjadi pemegang saham tunggal terbesar dalam FGV
  • Syed Mokhtar merupakan usahawan yang mempunyai reputasi no nonsense. Ini sangat baik untuk kelangsungan syarikat korperat bumiputera seperti FGV dan Felda untuk menjadi organisasi konglomerat bertaraf dunia
  • Dapat mengurangkan kebergantungan Felda dari mengharapkan bantuan kewangan kerajaan seperti yang berlaku sekarang.

 

PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN

  • Kedudukan tanah dalam perjanjian pajakan tanah (LLA) dan kilang-kilang minyak sawit mentah FGV yang baru-baru ini diura-urakan untuk diambil semula oleh Felda
  • Kedudukan kilang gula MSM yang kini mengalami lebihan kapasiti akan bertambah sulit dengan kemasukan kilang CSR kepunyaan Syed Mokhtar. Ini juga boleh mengundang anti-trust
  • Kadar penilaian yang akan dibuat ke atas aset-aset Syed Mokhtar yang akan disuntik ke dalam FGV
  • Kedudukan 10 anak syarikat FGV yang mana KPF mempunyai kepentingan di dalamnya.      - DagangNews.com

 

Baca : Syed Mokhtar, 'penyelamat' atau sebaliknya