Calon SPM positif COVID-19 duduki peperiksaan April depan | DagangNews Skip to main content

Calon SPM positif COVID-19 duduki peperiksaan April depan

Pelajar SMK Sentul Utama merupakan antara 20,311 calon SPM di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mula menduduki peperiksaan itu pagi ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR 2 Mac - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang positif COVID-19 akan menduduki peperiksaan itu pada sidang kedua April depan, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

 

Sebelum ini, Radzi berkata, calon SPM 2021 yang disahkan positif COVID-19 atau dalam tempoh kuarantin tidak perlu menduduki kertas peperiksaan pada tarikh ia diadakan dan akan diberikan tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

 

Sementara, bagi calon yang sedang menduduki peperiksaan, namun pihak sekolah baru mendapat maklumat yang individu itu positif, calon itu akan diletakkan dalam bilik khas yang disediakan di sekolah berkenaan.

 

Bagi calon SPM yang menjadi kontak rapat dan perlu dikuarantin juga tidak perlu hadir ke tempat peperiksaan.

 

Bagaimanapun calon perlu mengemukakan pengesahan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

 

 

kpm
Datuk Dr Radzi Jidin

 

 

Seramai 407,097 calon menduduki SPM 2021 yang dijadualkan bermula hari ini hingga 29 Mac depan, menurut Berita Harian.

 

 

kpm

 

 

Sementara itu, seramai 50,514 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu. - DagangNews.com