Canon kekal sebagai peneraju segmen pencetak laser kali ke-8 berturut-turut | DagangNews Skip to main content

Canon kekal sebagai peneraju segmen pencetak laser kali ke-8 berturut-turut

Sandy Lee
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 26 Mac - Canon Marketing Malaysia mengumumkan penguasaannya yang berterusan dalam pasaran pencetak dengan mempertahankan kedudukan teratas dalam segmen pencetak Inkjet selama 28 tahun berturut-turut sejak 1996. 

 

Canon memaklumkan, pihaknya kekal sebagai peneraju dalam segmen pencetak laser selama 8 tahun berturut-turut sejak 2016, seperti yang dilaporkan firma penyelidikan pasaran IDC dalam laporan 'Worldwide Quarterly Hardcopy Peripheral Tracker' terbitannya untuk 2023. 

 

Katanya, kejayaan Canon mengekalkan penguasaannya dalam segmen pencetak inkjet dan laser selama 28 dan 8 tahun berturut-turut, menunjukkan tekad usaha jenama itu untuk terus melangkaui jangkaan pasaran.

 

Ketua Bahagian Peranti Sistem Peribadi Canon Marketing Malaysia, Sandy Lee berkata, walaupun berbesar hati dengan pengiktirafan yang berterusan, pihaknya memahami kepentingan untuk menyesuaikan produk dengan landskap industri pencetakan yang sentiasa berubah. 

 

Katanya, Canon sentiasa cekal dalam usaha dinamiknya bagi memenuhi keperluan semua demografi yang semakin berkembang untuk memastikan kesinambungan legasi kecemerlangan itu. 

 

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan setia, pelanggan baharu, rakan kongsi dan pekerja kami yang sentiasa memberikan sokongan serta memainkan peranan penting dalam meneruskan legasi kecemerlangan Canon," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Menurut kenyataan itu, Canon terkenal sebagai penyedia rumusan menyeluruh yang memenuhi pelbagai keperluan pasaran B2B dan B2C, dari pengguna rumah, profesional, serta perniagaan kecil sehingga perusahaan besar. 

 

Katanya, berpandukan slogan ‘Imaging Possibilities & Beyond’, Canon turut berjaya mengekalkan kedudukannya bukan sahaja memahami keperluan pasaran kini, tetapi juga memenuhi keperluan pengguna masa hadapan. 

 

"Selain itu, Canon turut menawarkan pelbagai rangkaian pencetak foto bagi memenuhi keperluan pengguna rumah serta profesional," katanya.

 

Katanya, pencapaian cemerlang itu menunjukkan komitmen penuh Canon terhadap inovasi, kualiti dan kepuasan pengguna, terutamanya dalam segmen pencetak inkjet yang dipacu kejayaan pencetak siri E, yang mencatatkan pertumbuhan luar biasa dengan memecah rekod jualan pada 2023. 

 

Selain mendapat pengiktirafan tinggi, segmen pencetak Laser Canon turut mencatatkan pertumbuhan, yang mana pencetak warna pelbagai fungsinya turut mencatat rekod jualan mengagumkan. 

 

Tambahnya, komitmen Canon untuk menyampaikan keunggulan kualiti dan inovasi dalam teknologi pencetakan laser berjaya menawan hati para pelanggan serta mengukuhkan kedudukan jenama tersebut sebagai peneraju industri. - DagangNews.com