KUALA LUMPUR 14 Jan - Canon Marketing Malaysia melancarkan dua mesin pencetak pelbagai fungsi baharu PIXMA E4570 dan PIXMA TR4670S sebagai usaha meningkat kecekapan selain menjimatkan kos untuk pengguna.
Kedua-dua produk terbaharu Canon yang bersaiz kompak itu menampilkan pelbagai ciri istimewa termasuk Penyuap Dokumen Automatik bagi pencetakan pantas selain ia hadir dengan kemudahan pencetakan tanpa wayar selain arahan suara.
Pada masa sama saiz katrij dakwat pencetak berkenaan direka bagi memenuhi keperluan pengguna yang berbeza.
Ketua Jabatan Produk Sistem Pengguna Canon Marketing Malaysia, Sandy Lee berkata, pihaknya sentiasa melakukan inovasi bagi menghasilkan peranti-peranti yang dapat menyokong pendekatan jarak jauh atau hibrid dengan efektif.
“Kami berbangga untuk memperkenalkan penambahan terkini dalam siri E dan TR, yang bukan hanya menawarkan kelebihan penjimatan kos, tetapi juga ciri-ciri binaan berfungsi untuk tujuan pendidikan dan tenaga kerja tanpa mengira lokasi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Antara kelebihan yang disediakan kepada pengguna bagi dua produk pencetak kompak itu termasuk katrij dakwat kos rendah bagi siri PIXMA E selain Siri PIXMA TR hadir untuk memenuhi keperluan pengguna dan kedua-duanya boleh diaktifkan menerusi arahan suara.
Model PIXMA E4570 disediakan pada orang ramai pada harga RM499 manakala PIXMA TR4670S didatangkan pada harga RM439 dan ia mula berada di pasaran pada 10 Januari 2022. - DagangNews.com