KUALA LUMPUR 4 Jun - Country Heights Holdings Berhad membantah tuntutan MBSB Bank Bhd untuk menjual Mines Waterfront Business Park Sdn Bhd (MWBP) sebanyak RM91 juta dengan menyatakan jumlah itu adalah lebih rendah berbanding nilai pasaran semasa.
Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata, ia adalah pemfailan semula usul berkenaan, sebagai sebahagian daripada rundingan berterusan pihak berkuasa untuk menangani tuntutan MBSB Bank.
Pada 24 Mei 2024, MWBP menerima notis undang-undang daripada MBSB Bank, memulakan tindakan undang-undang kerana keingkaran dalam pembayaran Kemudahan Pembiayaan Berjangka Islam sebanyak RM82.7 juta dan Kemudahan Pembiayaan Islam sehingga RM17.3 juta.
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7376843047365004561.jpg?itok=QCySFEU2","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7376843047365004561?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7254837072970827265","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}
Kes itu ditetapkan untuk perbicaraan pada 26 Jun 2024, di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
"Syarikat itu mengulangi komitmennya terhadap tadbir urus korporat dan ketelusan, memfokuskan kepada kepentingan pihak berkepentingan dan kesinambungan perniagaan," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: MBSB Bank mahu lelong tanah Mines Waterfront dan MIEC setelah Country Heights gagal bayar pembiayaan
Walaupun berdepan litigasi berterusan, kumpulan itu bergerak ke hadapan dengan proses tender antarabangsa untuk MWBP dan Mines International Exhibition and Convention (MIECC), tertakluk kepada persetujuan MBSB dan kelulusan pihak berkuasa.
Lembaga Pengarah Country Heights, telah memberi kuasa kepada Pengerusinya, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nur bagi mendapatkan penyerahan tender antarabangsa dalam dolar Amerika Syarikat.
Kumpulan itu menjemput peserta global dan tempatan untuk menyerahkan tender dan mengambil bahagian dalam peluang pelaburan serta pembangunan.
"Semua cadangan tender akan dipertimbangkan secara adil dan telus dengan penglibatan pakar dalam bidang tersebut apabila diperlukan untuk memastikan nilai optimum diperolehi daripada pelaksanaan tender.
"Kedua-dua MWBP dan MIECC berdiri sebagai peluang pelaburan utama dengan penilaian asal lebih RM445 juta," katanya.
Bagi memastikan perniagaan tempatan mendapat manfaat daripada peluang itu, Country Height turut menjemput penyertaan Malaysia, ditetapkan pada kadar pertukaran RM4.50 bagi setiap dolar untuk mewujudkan persekitaran inklusif yang memupuk kerjasama dan pelaburan di peringkat nasional dan antarabangsa.
MWBP dan MIECC berdiri sebagai mercu tanda ikonik di Seri Kembangan, menawarkan peluang luar biasa untuk pertumbuhan dan kerjasama.
MWBP terkenal dengan lokasi yang strategik, reka bentuk yang inovatif, dan kemudahan terkini. MIECC ialah salah satu tempat pameran utama Malaysia, terkenal dengan kepelbagaian dan kapasitinya untuk menganjurkan acara penting. - DagangNews.com
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/cStnEs4GdTY.jpg?itok=X8C9JvX4","video_url":"https://youtu.be/cStnEs4GdTY","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}