Crescendo jual tanah 8.28 hektar di Johor kepada Digital Halo pada harga RM116 juta | DagangNews Skip to main content

Crescendo jual tanah 8.28 hektar di Johor kepada Digital Halo pada harga RM116 juta

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 11 Jun - Crescendo Corp Bhd (CCB) melupuskan sebidang tanah perindustrian kosong seluas 8.28 hektar (20.4 ekar) di Johor Baru, Johor kepada firma Singapura, Digital Halo Pte Ltd pada harga RM115.88 juta.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, CCB berkata hasil daripada pelupusan tanah itu akan digunakan untuk tujuan modal kerja dan untuk membiayai projek yang sedang dijalankan.

 

CCB berkata, tanah kosong itu kini tidak digunakan dan tidak menjana sebarang aliran tunai untuk kumpulan itu.

digital halo

“Melangkah ke hadapan, kumpulan itu berhasrat untuk menumpukan sumbernya kepada enam projek pembangunan yang sedang berjalan dan sekiranya peluang muncul, memanfaatkan peluang perbankan tanah dan usaha sama di lokasi strategik lain.

 

“Kumpulan itu akan mempunyai fleksibiliti dan kecairan untuk mengejar peluang pelaburan atau projek yang memerlukan perbelanjaan modal yang besar, sambil mengukuhkan kedudukan modal kerja kumpulan.”

 

Digital Halo adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Singapura dan terlibat terutamanya dalam perniagaan penyediaan perkhidmatan pusat data. - DagangNews.com