Cukai eksport minyak sawit mentah kekal 8% pada Julai | DagangNews Skip to main content

Cukai eksport minyak sawit mentah kekal 8% pada Julai

 

 

KUALA LUMPUR 18 Jun - Malaysia mengekalkan 8 peratus cukai eksport minyak sawit mentah pada Julai 2021, bagi tempoh tujuh bulan berturut-turut.

 

Dalam pekeliling di laman web Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia berkata, kadar cukai itu ditetapkan selepas harga minyak sawit mentah dalam pasaran melepasi RM3,450 satu tan metrik.

 

"Harga ini akan berkuat kuas pada 1 hingga 31 Julai 2021, yang merupakan lanjutan daripada kadar cukai sejak 1 Januari 2021," katanya.

 

Malaysia, yang merupakan pengeluar dan pengeksport kedua terbesar minyak sawit mentah, mengira harga rujukan pada RM4,668 satu tan metrik untuk Julai. 

 

Struktur cukai eksport bermula pada 3 peratus jika harga minyak sawit mentah berlegar antara RM2,250 hingga RM2,400 satu tan metrik manakala maksimum 8 peratus apabila harga melebihi RM3,450 satu tan metrik. - DagangNews.com