Dagangan BIMB digantung, tunggu pengumuman langkah pengumpulan dana | DagangNews Skip to main content

Dagangan BIMB digantung, tunggu pengumuman langkah pengumpulan dana

 

 

KUALA LUMPUR 13 April - Dagangan saham BIMB Holdings Bhd di Bursa Malaysia digantung sementara sehingga pukul 5 petang ini, bagi menunggu pengumuman penting berkaitan langkah pengumpulan dananya.

 

BIMB sedang melakukan langkah penstrukturan semula yang dijangka selesai pada Ogos, dengan anak syarikat milik penuhnya, Bank Islam Malaysia Bhd akan mengambil alih status penyenaraian BIMB di Pasaran Utama.

 

Pengendali bursa saham telah meluluskan permohonan itu pada Isnin. 

 

Menurut laporan TheEdge pagi ini yang memetik sumber, BIMB mencadangkan penempatan saham baharu kira-kira 220 juta untuk mengumpul modal baharu sehingga RM800 juta. 

 

Malah, difahamkan saham baharu ini berharga antara RM3.55 hingga RM3.60, jelas sumber itu. 

 

Harga penempatan saham itu adalah lebih rendah berbanding harga saham diniagakan sebelum ini pada RM3.94 sesaham. - DagangNews.com