Dah daftar vaksin? EasyParcel tawar 50,000 penghantaran percuma | DagangNews Skip to main content

Dah daftar vaksin? EasyParcel tawar 50,000 penghantaran percuma

.

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 28 Jun - Syarikat penyelesaian penghantaran e-dagang, EasyParcel menerusi Kempen Pemvaksinan EasyParcel x Pgeon menawarkan  50,000 penghantaran percuma kepada warga Malaysia yang mendaftar untuk divaksinasi COVID-19.

 

Kempen yang berlangsung pada 28 Jun hingga 31 Ogos 2021 itu bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai masyarakat untuk mendapatkan vaksin sekali gus mencapai imuniti kelompok.

 

.

 

Ketua Pegawai Eksekutif EasyParcel, Clarence Leong berkata, jumlah yang ditawarkan itu bersamaan dengan 25 penghantaran keseluruhan bagi setiap seorang.

 

"Kempen ini dilancarkan bukan sahaja untuk menggalakkan pekerja-pekerja kami tetapi juga bagi menggalakkan semua daripada kita di luar sana untuk divaksin bagi menurunkan bilangan kes sebagai warganegara yang bertanggungjawab.”

 

“Penghantaran percuma EasyParcel boleh menjadi titik permulaan kepada usahawan-usahawan untuk membawa perniagaan mereka ke dalam talian, terutama sekali bagi mereka yang mahu mengurangkan kos. 

 

"Inisiatif ini akan menggalakkan orang ramai untuk menjual produk-produk mereka secara dalam talian di samping membantu mereka melakukan penghantaran bungkusan dari kediaman mereka tanpa perlu bersusah-payah untuk keluar rumah sepanjang tempoh PKP Penuh," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

Berikut adalah langkah yang perlu diikuti untuk mendapatkan penghantaran percuma;

.

 

Kerjasama antara EasyParcel dan Pgeon itu bukan sekadar menggalakkan semua orang untuk divaksin, tetapi menjadi medium untuk menyeru orang ramai agar mematuhi peraturan-peraturan PKP bagi membantu mengurangkan bilangan kes harian dalam negara. 

 

Sehubungan itu, EasyParcel dan Pgeon akan mengutip bungkusan dari kediaman pelanggan.

 

Kempen berkenaan memberi tumpuan kepada perkhidmatan EasyParcel sebagai penghantar bungkusan yang boleh dipercayai dan mengutamakan pelanggan.

 

Pada masa yang sama, usaha berkenaan berhasrat untuk menjadi satu bentuk galakan yang berkesan kepada rakyat Malaysia bagi mendapatkan vaksin. - DagangNews.com