KUALA LUMPUR 7 Dis - Bersempena dengan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan pengurangan bayaran saman. Bagi saman yang dikeluarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ditawarkan pengurangan sehingga 80%, manakala selain daripada itu, ditawarkan diskaun sehingga 70%.
Kaunter pengurangan bayaran saman akan dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 9 Disember hingga 12 Disember 2021 bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Tawaran saman ini sah di lokasi dan tarikh yang dinyatakan seperti di atas serta tertakluk pada terma dan syarat.
Semoga warga Malaysia memperoleh manfaat daripada pengurangan saman ini.
Pastikan pakai pelitup muka, sanitasi tangan dan jaga jarak fizikal semasa hadir nanti. - DagangNews.com
#keluargamalaysia
#jspt100hariaspirasi