DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside miliki pasukan khas urus kenaikan kos | DagangNews Skip to main content

DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside miliki pasukan khas urus kenaikan kos

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 20 Okt - DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside mempunyai pasukan pengurusan bekalan bagi memastikan hotel itu sentiasa memiliki fleksibiliti dalam menguruskan kenaikan kos.

 

Pengurus Besar DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Ian Barrow berkata, sebagai antara syarikat hotel terbesar dunia, Hilton mempunyai kepakaran yang boleh dimanfaatkan dari segi akses, maklumat serta penyelesaian yang diperlukan.

 

"Keutamaan kami adalah untuk terus mencipta pengalaman yang konsisten dan mesra sepanjang penginapan tetamu kami.

 

"Hotel ini memiliki 290 bilik penginapan dengan kadar penginapan bermula daripada RM330+ untuk semalam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Barrow berkata, jualan untuk bilik penginapan hotel sedang meningkat naik pada kadar yang menjanjikan, dengan permintaan yang semakin meningkat daripada pelancong domestik mahupun antarabangsa. 

 

hilton

 

Katanya, mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE), pihaknya gembira melihat permintaan yang semakin pesat, terutamanya didorong oleh program kem bina semangat anjuran entiti korporat di kawasan Lembah Klang. 

 

"Kami melihat trend ini kian didorong oleh siri acara berasaskan latihan, menyumbang kepada suasana dinamik di resort kami," katanya.

 

hilton

 

Beliau berkata, antara tarikan utama di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside adalah reka bentuk senibina yang mengetengahkan elemen warisan selain kemudahan bilik mesyuarat serbaguna bagi memenuhi pelbagai keperluan acara.

 

Bagaimanapun, tarikan utama di hotel itu ialah tiga kolam iaitu kolam renang Splash, kolan renang Lakeside dan kolam renang Rooftop yang menawarkan pemandangan memukau. 

 

hilton

 

"Selain itu, kami juga berbangga membawakan keunikan pengalaman Malaysia merangkumi lima teras utama iaitu Budaya, Kulinari, Keluarga, MICE, dan Kesejahteraan," katanya.

 

Sementara itu, Barrow berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan Segaris Art Center bagi menjayakan program DoubleTree Studio Residency iaitu penyediaan ruang studio khusus bagi mengetengahkan karya seni mereka.

 

hilton

 

"Walaupun program ini baharu untuk DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, inspirasi ini lahir daripada keinginan kami untuk menggabungkan seni tempatan dan budaya ke dalam intipati resort kami.

 

"Ia juga bertujuan memperkayakan pengalaman tetamu kami menerusi aktiviti bengkel hujung minggu yang menglibatkan para penggiat seni ini," katanya. - DagangNews.com