Dr Ahmad Fahran dilantik sebagai Naib Canselor UPM berkuat kuasa 2 Oktober 2023 | DagangNews Skip to main content

Dr Ahmad Fahran dilantik sebagai Naib Canselor UPM berkuat kuasa 2 Oktober 2023

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyampaikan watikah perlantikan kepada Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah di Putrajaya pada 20 September 2023.

KUALA LUMPUR 21 Sept - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan Prof Datuk Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) yang baharu berkuat kuasa mulai 2 Oktober ini.

 

Bekas Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) itu yang memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2004, pernah menyandang jawatan Timbalan Naib Canselor USM untuk tempoh tiga tahun dari 2017 hingga 2020. 

 

“Kementerian yakin dengan pelantikan ini, beliau dapat meletakkan UPM berada di atas landasan sebagai universiti penyelidikan yang memfokus kepada pertanian.

 

“Beliau dilihat mempunyai keupayaan untuk memacu UPM ke satu tanda aras baharu dalam ekosistem pendidikan tinggi khususnya bagi merealisasikan agenda sekuriti makanan negara,” menurut KPT dalam satu kenyataan.


 

UPM

 


Ahmad Farhan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Awam daripada The Catholic University of America, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengangkutan daripada Imperial College London, United Kingdom (UK).

 

Beliau seterusnya memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengajian Pengangkutan di University College London, UK.

 

KPT juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bekas Naib Canselor Prof Datuk Dr Mohd Roslan Sulaiman yang telah tamat berkhidmat sebagai Naib Canselor UPM pada 31 Ogos lepas. - DagangNews.com