e.Mas 7 - nama rasmi kereta elektrik pertama Proton | DagangNews Skip to main content

e.Mas 7 - nama rasmi kereta elektrik pertama Proton

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Proton mengumumkan Proton e.MAS 7 sebagai model pertama Proton e.MAS, jenama kenderaan elektronik (EV) pengeluaran Malaysia. 

 

Dibangunkan bersama Geely, Proton e.MAS 7 merupakan SUV segmen-C menampilkan platform Global Modular Architecture (GMA), serta sistem pemacu elektrik 12-dalam-1 yang canggih bagi memenuhi keperluan gaya hidup moden pelanggan. 

 

Modal itu juga merupakan komitmen Proton di dalam agenda kenderaan elektrik kerajaan Malaysia yang menyeru pembuat kereta nasional memperkenalkan kenderaan elektrik menjelang tahun 2025.

 

Menurut Proton, walaupun pelancaran penuhnya akan berlaku pada akhir tahun, pengesahan nama dan pratonton model baharu itu menunjukkan pendekatan proaktif syarikat itu dalam memimpin industri automotif negara ke arah masa depan yang lebih lestari.

 

Sejak pengumuman jenama e.MAS pada Jun 2024, Pro-Net telah mengembangkan rangkaiannya kepada jumlah 29 buah pengedar di seluruh Malaysia.

 

 

jjj

 

Sementara itu, anak syarikat Proton, Pro-Net, menyasarkan untuk mempunyai 25 bilik pameran Proton e.MAS yang akan beroperasi sebelum pelancaran sulung Proton e.MAS 7.

 

Usaha kerjasama antara Proton dengan Geely dalam pembangunan model itu merangkumi beberapa aspek penting seperti strategi produk, kejuruteraan, reka bentuk, kawalan kualiti pengeluaran, dan pembangunan ekosistem tempatan. 

 

Proton juga berkata, lebih daripada seratus juruteranya memberikan sumbangan secara langsung kepada projek itu, memastikan ia memenuhi keperluan rakyat Malaysia serta pengguna luar negera.

 

Selain itu, Proton telah melabur didalam pembangunan casis Proton e.MAS 7 bagi memastikan pemanduan sesuai untuk jalan raya di Malaysia. 

 

Bagi memenuhi keperluan itu, Proton e.MAS 7 telah menjalani ujian yang ketat, dengan 700,000 waktu kerja dan 10 juta kilometer ujian dilakukan untuk mengesahkan ketahanan dan kebolehpercayaannya. 

 

Kata Proton, ujian menyeluruh ini memastikan bahawa kenderaan ini bersedia di jalan raya dan selamat.

 

“Dilengkapi dengan sistem aktif, Proton e.MAS 7 mendapat manfaat daripada ujian dan kemas kini yang berterusan, termasuk penambahbaikan berkala pada sistem navigasi.

 

“Pasukan Pro-Net juga telah membangunkan penyedia sistem telematik tempatan untuk menyokong kawalan kenderaan dan navigasi Proton e.MAS dalam usaha memberi pengalaman yang lancar untuk pelanggan Malaysia,” ujarnya dalam kenyataan media hari ini.

 

 

ghgjkgh

 

 

Di samping itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Dr Li Chunrong berkata, matlamat Proton e.MAS 7 adalah untuk memenuhi perjanjian Proton dalam menghasilkan kenderaan elektrik nasional pertama Malaysia. 

 

“Dalam keterujaan untuk menantikan kehadirannya di jalan raya, kami akan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai Proton e.MAS 7 dalam beberapa bulan yang akan datang,” ulas beliau. - DagangNews.com