KUALA LUMPUR 19 Ogos - Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menawarkan pakej Tomei Aero percuma untuk Nissan Almera Turbo bernilai RM8,000, yang dibangunkan khas oleh Tomei dari Jepun bagi tempoh terhad, sementara stok masih ada.
Pakej Tomei Aero tersedia untuk semua varian Almera Turbo - VLT, VLP dan VL yang sekali gus memberikan imej yang lebih 'sporty' kepada sedan.
Untuk Almera Turbo VLT, terdapat Aerokit yang terdiri daripada 'Front Bumper Spoiler', 'Rear Bumper Spoiler' (dua keping ) and 'side skirts'. Semua item disiapkan dalam skema warna dua tona untuk sentuhan sporty.
Pakej Tomei Aero untuk Almera Turbo VLT juga termasuk 'Sport Pedals' dengan 'Foot Rest' yang bukan sahaja kelihatan sporty tetapi memberikan cengkaman yang lebih baik untuk kasut.
Barangan lain dalam pakej, termasuk 'Door Handle Protectors' (4 keping), 'Kicking Plate', 'Door Visors' dan 'ICE Cool Tinting Film' untuk memastikan ruang kenderaan selesa dan mengurangkan silau.
Semua item dipasang di kilang untuk memastikan kualiti tinggi sama seperti kereta lain. Setiap item juga disertakan dengan jaminan terhadap pembuatan untuk tempoh 3 tahun/100,000 kilometer.
Untuk tempoh terhad, ETCM menawarkan Tomei GT Wing kepada pembeli terawal dengan diskaun 50%, iaitu RM700.
Harga untuk Almera Turbo VL adalah bermula pada RM95,888, manakala Almera Turbo VLP (RM89,888) dan Almera Turbo VL berharga RM83,888.
Nissan juga telah memberikan Teknologi Keselamatan Lanjutan Berfaedah Almera Turbo dengan teknologi Mobiliti Pintar Nissan yang membantu pemandu mengelakkan kemalangan atau mengurangkan kesan perlanggaran.
Ia termasuk Amaran Perlanggaran Ke Hadapan Pintar (IFCW), diikuti Brek Kecemasan Ke Hadapan Pintar (IFEB) yang berlaku jika pemandu tidak bertindak untuk mengelakkan perlanggaran.
Dengan Around View Monitor (IAVM) termaju Nissan dengan Pengesanan Objek Bergerak Pintar (IMOD), membolehkan pemandu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling semasa menggerakkan kereta. Ini meningkatkan keselamatan kerana pengguna jalan raya lain yang berdekatan dan halangan yang boleh merosakkan kereta dapat dikesan dengan mudah.
Almera Turbo juga mempunyai Tempat Duduk Inspirasi Graviti Sifar yang dibangunkan untuk mengurangkan keletihan semasa memandu. Teknologi ergonomik yang digunakan adalah berdasarkan penyelidikan NASA (agensi angkasa AS) untuk mencapai postur neutral yang sesuai untuk keselesaan. - DagangNews.com