Etika bangunkan strategi untuk capai kelestarian alam sekitar dan masyarakat | DagangNews Skip to main content

Etika bangunkan strategi untuk capai kelestarian alam sekitar dan masyarakat

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 25 Okt - Salah sebuah syarikat pengeluar minuman halal terkemuka di Malaysia, Kumpulan Etika (Etika) telah membangunkan strategi dua lipatan, 'Neutral' dan 'Plus', dalam menangani alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

 

Ia bertujuan untuk mengurangkan pelepasan pelepasan gas rumah hijau (GHG) dan memupuk inisiatif nilai tambah untuk pembangunan jangka panjang syarikat, sambil memberikan pengaruh positif kepada masyarakat dan alam sekitar. 

 

Dengan matlamatnya tetap pada masa depan yang hijau, Etika bersedia untuk melonjak jauh melepasi perniagaan lain dengan melaksanakan pelan Neutral dan Plus, yang selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 dalam mencapai negara karbon neutral menjelang 2050.

 

Melalui inisiatif ini, Etika komited untuk mewujudkan sebuah syarikat hijau yang mampu mengitar semula sumber yang digunakan untuk bahagian pengeluarannya. 

 

Syarikat itu juga berhasrat untuk mengurangkan 2% daripada jumlah Tahun Ke Tahun (YOY) pelepasan CO2 berdasarkan penanda aras 2019 yang berlaku daripada sumber dimiliki atau dikawal oleh syarikat, pelepasan yang berkaitan dengan pembelian utiliti yang dijana oleh syarikat dan pelepasan lain yang berkaitan dengan aktivitinya. 

 

Etika tegas berinovasi secara berterusan untuk mencapai matlamat yang boleh dilaksanakan seperti projek solar, pam pemulihan haba, Tarif Tenaga Hijau (GET) dan banyak lagi.

 

Ketua Eksekutif Pegawai Kumpulan Etika (Malaysia, Singapura dan Brunei), Santharuban Thurai Sundaram berkata, dengan beberapa fasiliti yang tersebar di seluruh Malaysia, mereka merancang untuk menggunakan saiz, skala dan ruang fasiliti tersebut dengan mengubahnya menjadi lebih mesra alam. 

 

 

etika

 

 

"Dengan sebahagian besar pelepasan CO2 yang dikaitkan dengan loji dan fasiliti operasi, kami berharap dapat meminimumkan dan meneutralkan pelepasan CO2 sebanyak mungkin demi memenuhi matlamat kami untuk masa depan yang lebih bersih dan mampan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Satu lagi inisiatif ESG terbaru oleh Etika untuk mengurangkan sisa di tapak pelupusan ialah Sludge Waste Composting. Melalui kerjasama dengan vendor-vendor, sisa enapcemar daripada Etika Dairies Sdn Bhd digabungkan dengan produk baja untuk menghasilkan baja hibrid yang berkualiti dan cekap untuk kegunaan industri dan komersial. 

 

 

etika
Santharuban Thurai Sundaram

 

 

“Demi mencapai matlamat utama kami untuk menjadi organisasi yang bertanggungjawab kepada alam sekitar dan masyarakat, Neutral and Plus merupakan langkah penting ke hadapan untuk mencapai matlamat ini. 

 

"Oleh itu, kami beraspirasi untuk berkongsi standard alam sekitar kami sendiri dan terus memberi kembali kepada masyarakat untuk menjadi model kepada komuniti dan organisasi menerima pakai dan mengamalkan kaedah yang sama seperti kami," kata Santharuban.

 

Sebagai sebahagian daripada pelan tindakan, Etika aktif dalam inisiatif komuniti untuk menyumbang kepada komuniti setempat dan mendidik orang ramai tentang nilai pemuliharaan alam sekitar, dan memperjuangkan amalan ESG dalam industri. - DagangNews.com